Thursday, November 14, 2024

Majlis Menghafaz Al-Quran








Majlis Menghafaz Al-Quran Negeri Pahang 1446H/2024 di Swisbel Tanjung Lumpur.
30 peserta keseluruhan bagi kategori 1-30 juz, 1-20 juz dan 1-10 juz.
Hari ini majlis penutupannya. Boleh saksikan di Live FB Jabatan Agama Islam Pahang.

Kita yang al-faqir, dapat berkhidmat dan berada dalam majlis yang dipenuhi dengan penghafaz al-Quran pun suatu anugerah.

Imam Ibnul Jazari dalam matan Toyyibah al-Nashr menyebut :

فَالْإِنْسَانُ لَيْسَ يَشْرُفُ
إِلَّا بِمَا يَحْفَظُهُ وَيَعْرِفُ

Manusia tidak akan mulia,
kecuali dengan ilmu yang dihafaz dan diketahui.

لِذَاكَ كَانَ حَامِلُو الْقُرْآنِ
أَشْرَفَ الْأُمَّةِ أُولِي الْإِحْسَانِ

Kerana itu, para penghafaz al-Quran,
merupakan golongan yang paling mulia dalam umat ini, yang memiliki kebaikan.

وَإِنَّهُمْ فِي النَّاسِ أَهْلُ اللهِ
وَإِنَّ رَبَّنَا بِهِمْ يُبَاهِي

Mereka adalah Ahli Allah di kalangan manusia,
dan sesungguhnya Tuhan kita membanggakan mereka (di hadapan para malaikat).

#MajlisHafazAlQuran
#AlQuran
#Tahfiz
#MediaJaip
#PermaiMenulis

No comments: