Setiap produk akan keluar edisi yang baru.
Jarang sangat suatu produk terus kekal dengan edisi tersebut. Melainkan
syarikat tersebut bankrap, Sempat sekali je keluar produk.
Sebelum keluar edisi yang baru, sudah tentu
semua pihak yang terlibat dalam sesebuah produk akan bertungkus lumus untuk
memastikan keluaran terbaru mereka akan top dan gempak.
Cuma, ada juga pelanggan yang suka kepada
sesuatu produk yang masih berwajah lama walaupun edisi yang terkini.
Contoh :
henpon jenama iphone. Ketika saiz iphone direka semakin besar bermula
dengan edisi iphone 6 dan kini iphone 7. Masih ada yang rindukan iphone bersaiz
mini zaman Steve Jobs. Maka syarikat Apple mengeluarkan iphone SE yang
berbodykan Iphone 5 tetapi berenjinkan Iphone 6.
Begitu juga dengan Nokia. Suatu ketika
dahulu Nokia telah mencetus fanomena dengan jenama 3310 mereka yang terkenal.
Sebelum jenama tersebut tenggelam dengan kemunculan Android. Nokia is back
dengan melancarkan semula brand 3310. Nostalgia beb bagi pengguna yang pernah
menggunakan 3310 suatu ketika dahulu.
Motorsikal Honda lampu bulat C70, sudah
menjadi lagenda. Kini Honda masih ada mengeluarkan motorsikal baru tapi rupa
bentuknya mirip C70.
Sama juga dengan rumah tradisional.
Sekarang sudah ada yang membina rumah moden tapi bercirikan tradisional.
Pengeluar membuat reka bentuk yang lama,
bukan semata-mata depa kering idea, lastnya terpaksa tiru semula bentuk yang
lama. Akan tetapi untuk mengenang dan supaya generasi kini dapat melihat semula
karya orang yang terdahulu..kan
Ada lagi contoh ? Kongsi di sini..
#PermaiMenulis
#oldschool
No comments:
Post a Comment