Hari jumaat yang barakah, budak sekolah akan balik cepat. Makan tengahari di dewan makan al-Ihsan masa kome dulu pun spesel berbanding hari biasa, siap ada aiskrim cawan.huhu.
Hari jumaat penghulu segala hari. Kaum lelaki akan bersegera ke masjid menunaikan solat jumaat.
Beberapa pengalaman saya ketika hendak pergi menunaikan solat jumaat :
Semasa di awal tingkatan 4. Bas sekolah sampai lewat ke taman perumahan di Tsj. Ketika itu Tsj tak de masjid lagi. Sampai rumah dengan pakaian sekolah terus mengayuh basikal selaju mungkin ke Masjid yang terhampir, iaitu Masjid Sungai Gau. Sampai masjid selalunya pak khatib dah tengah khutbah di atas mimbar. Tapi hanya sebulan sahaja kerana saya telah berpindah masuk ke Smai di Kuantan.
Hari jumaat yang Rahmat ketika di Smai. Kami pelajar asrama perlu berjalan kaki ke masjid. Ada dua masjid yang boleh dituju. Masjid tanjung Api dan pantai Selamat. Biasanya saya ke masjid tanjung api yang berdekatan dengan kubur kristian di Pantai Gelora. Jalan kaki melintas jambatan kayu yang panjang di perkampungan nelayan. Rasanya lebih 1km juga perjalanan pergi. Balik je, berpusu mengerumuni kantin sekolah. Femes masa tu air laicikang (saya mula berkenalan air tu dekat kantin).
Semasa di Maahad Tahfiz pula, solat jumaat ada yang memilih untuk berjalan kaki ke Masjid Bukit Sekilau, rasanya lebih dari 2km. Tetapi majoriti termasuk saya akan berjalan kaki berkilo2 untuk sampai ke Masjid Negeri. Kami akan melalui ruang legar stadium, melintas terminal, lalu mydin, Croz ikut Kuantan Plaza untuk merasa sejuk ekon, berjalan tepi Perpustakaan awam, PPD, Gereja, pejabat kerajaan sebelum sampai ke Masjid Negeri.
Selesai solat jumaat, kami pekena Abc kat kedai Ustaz Rahim dulu. Selepas tu meronda bandar Kuantan dulu sebelum pulang semula dengan berjalan ke Maahad di Jalan Bukit Ubi.
Begitulah secebis kenangan menunaikan jumaat di bawah terik mentari.
No comments:
Post a Comment