Kisah Ramadan (KIRAM 30) Menunggu Jibril
turun part 1
“Pada malam itu turun para malaikat dan Jibril
dengan izin TuhanNya untuk mengatur semua urusan.” (Al-Qadr : 4)
Malam al-Qadar yang penuh dengan keberkatan
dan kemuliaan. Sudah tentu sangat istimewa sehinggakan berduyun para Malaikat
dan Jibril turun ke bumi. Bilangan para
Malaikat sudah pasti tidak terkira banyaknya.
Ibaratnya, istimewanya hari raya bagi kita.
Sehingga semua pakat balik kampung. Jalan raya sudah pasti jem sebab banyaknya
kenderaan. Syarikat tol siap buat plan untuk mengurangkan kesesakan dengan
tidak menyediakan khidmat topup Touch N Go di Kaunter. Saya mohon
mencadangkan apa salahnya hari raya
pertama dan kedua bagi percuma sahaja. Pekerja tol pun dapat cuti. Banyak dah
untung tu.
Pesanan penaja : di samping dah ketar kaki
tak sabar nak menghayati trafik jem sempena hari raya ni. Jangan terabai pula menghidupkan
penghujung Ramadan untuk meraih Malam al-Qadar. Jibril turun woo.
#PermaiMenulis
#PermaiEnterprise
#kiram
No comments:
Post a Comment