Dekat masjid pun kena ada ruang khas untuk
VIP ?
Saya katakan perlu ada disebabkan beberapa
isu dan perkara.
11.
Parking khas untuk pegawai masjid dan penceramah
jemputan. Ruang parking khas adalah
pengamalan biasa di mana-mana pejabat, institusi termasuk sekolah. Pegawai dan
staf ada parking khas untuk mereka. Pelawat atau orang awam tidak akan
menceroboh parking yang disediakan untuk pegawai.
Namun lain
halnya di masjid. Walaupun telah ada label parking yang dikhaskan untuk pegawai
masjid, tetapi selamba sahaja orang lain mengambil ruang parking tersebut.
Agaknya depa berminat nak jadi pegawai masjid?
22.
Meja makan yang khas untuk
pegawai masjid. Kebiasaan pegawai masjid akan lewat tiba di meja makan ketika
jamuan makan termasuk la juga berbuka puasa.
Contohnya bilal, selepas azan baru turun untuk makan. Sering terjadi
kontraktor makanan terlepas pandang akan isu ini. Di samping ahli jemaah yang tidak peka akan
isu ini. Mereka yang sewenangnya menopoli ruang makan tersebut. Menjadi yang
biasa pegawai masjid terpaksa pula mengeteh kat kedai luar.
33.
Tandas khas untuk pegawai
masjid. Walaupun tandas telah berlabel, namun, masih tidak diambil peduli.
Masih ada lagi yang buta huruf. Pihak berwajib kena memikirkan masalah ramainya
rakyat yang masih buta huruf. Kut.. Buat kerahan masuk sekolah dewasa macam
zaman P.Ramle?.. Amacam..
44.
Beberapa ruang Saf di belakang
imam. Biasanya pegawai masjid akan bersolat di saf belakang imam. Tempat tu pun
orang nak kebas jugak. Nanti imam utama terbatal,, mula lah sesak nak ganti
jadi imam. Depa tak tahu pasal tu gamaknya.
55.
Ruang imam. Setakat ni tempat
ni memang paling Vip. Kerana orang tak berebut tempat ni. Pelik juga.. Kalau
kat sini tahu, kenapa di tempat-tempat yang disebutkan di atas tadi buat tak
tahu?
Itulah antaranya… Cerita pasal masjid.
#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil
No comments:
Post a Comment