Sedar tak sedar masa berlalu, sekarang sudah di penghujung tahun 2011. Cepat sungguh masa berlalu.
Bila hujung tahun ini, biasanya Ibu bapa mula mencongak-congak duit pembelajaran si anak. Ada yang mula nak masuk tadika, masuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Walaupun khabarnya yuran persekolahan percuma dan pelajar dapat 'wang ihsan' RM 100 seorang, namun bebanan tetap ada.
Banyak yang nak dibeli dan ditukar baru. Sekarang ini pakaian sekolah sahaja sudah macam-macam. Hari sekian pakai baju ini, hari sekian baju yang lain pula. Ada baju kokorikulum, baju melayu untuk hari jumaat, baju korporat untuk hari-hari tertentu, baju kelas Kafa.
Bagi kebiasaan untuk kebanyakan budak-budak sekolah, tradisinya baju sekolah, kasut, beg, perkakas menulis semuanya serba baru bila masuk musim persekolahan yang baru. Pastinya buku-buku sudah tentu ditukar yang baru.
Namun dalam kemeriahan budak-budak sekolah mendapat habuannya yang baru, ada juga kelompok budak sekolah yang tidak dapat mengecapinya. Contoh terdekat, mulanya kawan saya pelik melihat anak ketiganya, perempuan darjah 2 sering mencari buku-buku lama untuk dibawa ke sekolah. Setelah ditanya, anaknya menjawab nak bagi ke kawan sekolah, sebab kawannya tak ada buku. Ketika mula melihat budak perempuan tersebut, kawan saya menyangka budak tersebut anak orang asal (asli) -Minta maaf kalau yang berkenaan terasa. Dengan rambut yang kusut masai, pakaian sekolah yang comot dan tidak bergosok.Tapi anaknya menyatakan bahawa kawannya adalah orang melayu.
Kawan saya pergi ke rumah budak perempuan tersebut, memang keluarga yang susah. Tapi sebenrnya ada lagi keluarga yang miskin tapi tak susah macam itu, Pandangan kawan saya, Keluarga tersebut jauh dari kehidupan beragama, entah solat atau tak. Ayahnya bekerja sebagai tukang kebun tapi tak bertanggungjawab. Masanya banyak dihabiskan di kedai kopi, duit entah habis melayang ke mana. Cuma walaupun 'miskin' tapi gitar, tv, Vcd terpampang di rumah.
Ringkas cerita, budak tersebut kini duduk di rumah kawan saya, dia hantar pergi mengaji di kelas agama, makan pakai budak tersebut ke sekolah suah terurus. Dapatlah merasa baju sekolah yang baru.
Namun bila dah dapat yang baru jangan lupa pada yang lama. Kadang-kadang yang baru ini tak boleh diharap juga.
Dalam sibuk-sibuk nak guna printer, printer saya yang baru (boleh la dianggap baru, beli awal tahun 2011) buat hal pula.
printer baru..-
Mujurlah ada printer lama, sebelum ada yang baru, printer ini lah yang sering dibawa merta-rata..Temerloh, Raub, Lipis, Kuantan, Maran semua dia dah pergi dah. Cuma bila ada yang baru, dia berehat lama dalam kotak.
Penutupnya..
Dalam perjuangan Islam, ukurannya bukan orang ini dah lama atau masih baru dalam perjuangan. Orang lama tak boleh bangga diri, kata dah lama berjuang, sudah banyak mehnah ujian yang berjaya dihadapi. begitu juga dengan orang baru, yang kaya dengan idea canggih merasakan diri hebat berbanding orang lama yang tidak punya sebarang idea dan cadangan hanya menurut sahaja.
Dalam beramal, ada orang lama dah beramal tapi tak dapat apa-apa.
Sekian... Wasalam.
No comments:
Post a Comment