PROGRAM CUTI
SEKOLAH (Bulan Disember 2011)
PENGAJIAN TALAQI
AL-QURAN PERMAI
MASJID SULTAN
MAHMUD KUALA LIPIS PAHANG
Pengenalan
Al-Quran merupakan kalam Allah
yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w bermula dari Surah al-Fatihah hinggalah
Surah al-Nas. Membacanya dikira ibadah dan mendapat pahala. Al-Quran mesti
dibaca dengan betul mengikut kaedahnya dan menjadi suatu kesalahan jika
al-Quran itu dibaca dengan salah.
Maka al-Quran mesti dipelajari
supaya kita dapat membacanya dengan betul. Terdapat banyak hadis Rasulullah
s.a.w yang menerangkan tentang kelebihan belajar al-Quran. Antaranya :
i)
Sabda Rasulullah :
“Sebaik-baik di kalangan kamu ialah orang yang belajar
al-Quran dan mengajarkannya”. (Riwayat al-Bukhari)
ii)
Sabda Rasulullah kepada Abu
Zar :
“Wahai Abu Zar!. Jika kamu pergi di suatu pagi untuk belajar satu ayat
dari kitab Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan solat sunat
100 rakaat dan jika kamu belajar 1 bab daripada ilmu yang mana kamu dapat beramal
dengannya ataupun tidak adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan solat
sunat 1000 rakaat”.
(Riwayat Ibnu Majah)
iii)
Sabda Rasulullah kepada Abu
Hurairah :
“Wahai Abu
Hurairah ! Belajarlah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan berkekalan atas
yang demikian itu sehingga datang kepadamu kematian. Sesungguhnya jika datang
kepadamu kematian pada hal engkau berada dalam keadaan demikian maka malaikat
akan menziarahi kuburmu sepertimana orang-orang yang beriman akan menziarahi
Baitullah al-Haram”. (Riwayat al-Dailami)
iv) Daripada Anas ra. Ia berkata
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai
keluarga yang terdiri daripada manusia."
Kemudian Anas
berkata lagi, "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Iaitu
ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan
isinya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.
Justeru
bagi memanfaatkan cuti sekolah, Program
Pengajian Talaqi al-Quran Permai ini
dirangka bagi tujuan melahirkan para pelajar yang mampu membaca, mentadabbur
dan menguasai hukum tajwid al-Quran dengan berkesan.
Modul
Perlaksanaan
Pengenalan
Kaedah Rasm Uthmani, Hukum Tajwid, Talaqi
musyafahah, Hafazan surah pilihan,
Sasaran
Peserta (Terhad)
Pelajar
lelaki & perempuan berumur 10 – 17 tahun.
Cadangan
Masa Pengajian (isnin-khamis)
-Selepas
solat subuh
-Pukul
8.30 am-10.00 am
-Selepas
solat asar
-Selepas
solat maghrib
*masa
pengajian tertakluk kepada perubahan semasa dan turut bergantung kepada bilangan
pelajar.
Pengajian
dijangka bermula 5 Disember 2011.
Tempat Pengajian
Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis.
alhamdulillah, semoga berjaya.
ReplyDelete