Kaunter pendaftaran di Hospital Lipis. Muka staf terlindung di sebalik Monitor. |
3/1/2012- Pagi-Tengahari : Menunggu untuk chek Dr. di HOSHAS. Selepas
daftar-tunggu giliran- dipanggil masuk berjumpa dengan Pen. Peg. Perubatan-tunggu
giliran-jumpa Dr- ke Farmasi-tunggu giliran-ambil ubat.
-Dekat 3 jam di HOSHAS dan lamanya menunggu, untuk chek Dr.
hanya beberapa minit sahaja.-
Petang : Menunggu untuk mendapatkan no. giliran di Celcom .
Terlalu ramai orang, sampai ada client yang dah sound ke staf celcom. Ada yang
kata “ dah sejam berdiri tak dapat lagi nombor giliran. Kalau kita dah dapat
nombor giliran takpe tunggu lama pun,
kita tau giliran kita”. Kata yang lain pula “kita tak dapat nombor lagi, tak
boleh nak manage masa kita”. Staf Celcom kata kepada saya “lama lagi ini ramai orang”
saya keluar berjalan dulu dengan tanpa nombor giliran, sampai semula ke CELCOM
..rupanya dah tutup. Rasa macam nak terminate je dengan CELCOM. Dah la urusan
boleh buat dekat Temerloh dengan Kuantan sahaja. Naya orang Lipis….
-taktik staf celcom, staf di kaunter akan bagi nombor kepada
pelanggan setelah pelanggan jenuh menunggu. Tak lama selepas pelanggan yang dah
jenuh menunggu tu dapat nombor, sampailah gilirannya. Kemudian staf akan minta
nombornya stple sekali dekat borang pelanggan. Kalau ikut kertas pada nombor
giliran pelanggan tunggu tak sampai 5 minit pun-
4/1/2012-Sekolah bermula. Saya masih lagi terpaksa berurusan
dengan menunggu giliran. Kali ni di HKL (Lipis). Setelah letak surat rujukan
dari HOSHAS di kaunter pendaftaran, setengah jam lepas tu baru saya dapat
nombor giliran. Sejam suku lepas dapat nombor giliran baru dipanggil berjumpa
dengan Dr… Memang lama menunggu… Mengaji Quran boleh 4 juz tu…
Ps : Kita semua ini sebenarnya tengah menunggu giliran,
sedar atau tak sahaja. Giliran untuk bertemu dengan Allah. Kita duhulu atau
kemudian yang penting tetap akan bertemu dengan Allah. Maka…bersedialah
sementara menunggu giliran yang kita tak tahu nombor gilirannya..cepat, hampir,
lambat lagi..Wallahua’lam…
1 comment:
penantian memang satu penyeksaan :)
Post a Comment