Khamis lalu, sesi temuduga jawatan imam, bilal dan siak
masjid qaryah dalam daerah Lipis. Biasanya dalam setahun 2 kali atau 1 kali
sesi pengambilan. Kebiasaannya calon yang datang memang telah pun menjalankan
tugas tersebut. Ada yang telah 4 bulan, ada yang setahun bahkan ada yang telah
bertahun-tahun. Kalau yang telah bertahun-tahun mereka kata pernah datang
temuduga sebelum daripada ini, tetapi tiada jawapan. Sebenarnya kalau tiada
jawapan maknanya calon tersebut tidak lulus dalam temuduga tersebut. Pengamalan
JAIP & PAID yang lulus sahaja mendapat surat jawapan.
Calon-calon yang datang sama ada telah & akan menjawat
jawatan yang dipohon biasanya diminta, disokong dan disyorkan oleh tok empat
(ketua kampong). Kebanyakan masjid qaryah memang menjadikan tok empat mereka
sebagai pengerusi Masjid @ tok empat menjadikan diri mereka sebagai pengerusi
masjid. Ada calon yang memang betul-betul layak dan ada calon yang tidak berapa
layak tetapi menjadi sekutu kepada tok empat maka dia dicadangkan.
Tok empat/ pengerusi masjid pula hanya mencadangkan satu
nama untuk temuduga. Maka calon yang datang memang merasakan bahawa mereka
memang confirm dapat jawatan tersebut. Sepatutnya tok empat mencadangkan 3-4
nama untuk ditemuduga, barulah yang terbaik akan dipilih.
Bagi jawatan imam, pemilihan akan lebih teliti sedikit
supaya tidak timbul masalah dan fitnah kemudian hari. Kalau pohon jawatan imam
tetapi baca jawi tak reti masalah juga sebab teks khutbah dalam tulisan jawi.
Pohon jawatan imam tetapi baca al-quran tak boleh lagi masalah. Hanya harap
surah-surah lazim yang dihafal semenjak kecil.
Biasanya tahap imam dan bilal agak sama jika nak
dibandingkan dengan siak. Masyarakat faham tugas siak seperti tukang kebun
sekolah, tebas semak, cuci longkang, bentang sejadah. Walhal yang sebenarnya hasrat Jabatan Agama semua jawatan tadi saling
‘cover’ meng ‘cover’. Maknanya bila imam tiada siak mampu ambil tugas sebagai imam
dan bilal.
Realiti juga, generasi muda lahir 70an- sekarang sangat
sedikit meminati tugas sebagai pegawai masjid walaupun mereka ada kelayakan,
ada bacis agama, lulusan tinggi pengajian islam, memang sudah pun bertugas
sebagai ‘ustaz’ di sekolah. Tetapi masih tidak meminati tugas sebagai pegawai
masjid. Ada bukannya tiada tetapi sedikit. Contoh yang sering diucapkan oleh
Timbalan Pengarah JAIP, orang agama sekarang tidak minat menjadi pegawai
masjid. Mereka lebih suka memohon menjadi penguatkuasa. Ada yang semasa
temuduga bila ditanya jawatan apa yang
dipohon dan kalau ditawarkan menjadi pegawai masjid sanggup menolak kerja
tersebut. Mungkin semasa mereka bersekolah dahulu, memang tiada minat
mendampingi masjid dan surau. Waktu itu mereka suka ‘raging’ buli junior. Sebab
itu jawatan yang diminati sebagai penguatkuasa, boleh tangkap orang, kejar
orang.
Tinggallah generasi veteran yang memohon menjadi pegawai
masjid. Ada yang sudah kurang pendengaran, tidak berapa nampak. Lain yang
ditanya lain pula jawapannya. Ada calon imam yang berkata, saya malam dan subuh tak pergi ke masjid sebab dari rumah
nak ke masjid kena melintas jalan besar.
Gelap-gelap tidak berapa yakin nak bawa motor dan melintas jalan. Maknanya dia
pergi masjid waktu siang sahaja itupun bukannya selalu kadang-kadang sahaja
sebab selalu uzur pula.
Maka, perubahan perlu dilakukan demi untuk menaikkan syiar
Islam, identity dan karisma masjid perlu dibina dan tonggaknya mestilah pegawai
masjid perlu dibentuk terlebih dahulu. Pegawai masjid mantap akan lahirkan
masjid yang hebat dan bila institusi masjid hebat maka potensi syiar Islam
untuk menguasai alam akan cukup terang.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment