Fatrah minggu ini ialah Maulidul
Rasul Sallahu’alaihi wasallam. Kebanyakan masjid dan surau menganjurkan
program. Ada yang buat ceramah, forum, berarak, marhaban dan sebagainya. Saya
juga diwakilkan untuk berforum di sebuah masjid sempena program yang mereka
anjurkan. Saya lebih suka untuk bertazkirah secara bebas, kerana kita bebas
untuk memilih topik dan isu yang hendak
dihighlightkan . Apabila forum kita terikat dengan skema soalan yang utarakan
oleh penganjur. Antara draf nota saya
untuk forum tersebut ialah :
1.Rasulullah sebagai Qudwah
Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang
baik, Iaitu
bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang)..
(al-Ahzab :21)
>Qudwah bermaksud
contoh, ikutan.
>Tabiat manusia
memiliki naluri untuk mengikut, meniru orang lain.
Jika yang diikut
atau ditiru itu perkara yang baik…Alhamdulillah. Seperti sahabat Rasulullah ada
yang mengikut Rasulullah sampaikan ada yang bila lalu di sebuah tempat
tiba-tiba dia mengelak seperti melencong, orang bertanya kepadanya kenapa
berbuat begitu lalu katanya…dahulu di sini ada pokok dan Rasulullah bila lalu
di sini dia akan mengelak..walaupun pokok sudah tiada tetapi ingatanku besama
Rasulullah menyebabkan aku tetap akan mengelak apabila lalu di sini.
Seperti juga kita
meniru perbuatan ulama yang akrab dengan sunnah Rasulullah. Ada juga yang
meniru untuk maksud-maksud lain. Contohnya Zizan Raja lawak yang meniru style
Ustaz Azhar Idrus dengan janggut palsunya ketika membuat persembahan dalam
Maharaja Lawaknya..
>Imam Hasan al-Banna
telah menyebut dalam slogan Ikhwan Muslimin Mesir ‘Ar Rasul Qudwatuna’ yang mesti dihadami oleh ahlinya seiring dengan
perbuatan, percakapan.
>Sebenarnya selaku
orang Islam yang waras dan beriman, kita sudah maklum bahawa kena menjadikan
Rasulullah sebagai Qudwah..tahu sangat dah..bermacam-macam slogan telah
dilaungkan ..
>Cuma persoalannya..secara
realitinya adakah betul kita menjadikan Rasulullah sebagai Role model kita?
>Kita muhasabah dan
check balik diri kita…betul atau tidak kita jadikan Rasulullah sebagai
model..atau kita tertipu dengan diri kita sendri..dengan hanya sekadar
melaungkan slogan-slogan, berarak di jalanan, menganjur dan menghadiri program
maulidul Rasul?
>Ramai yang salah
faham..disebabkan acuan system pendidikan Negara yang tidak menekankan sangat
mata pelajaran agama.
>Selaku orang yang beriman mari kita lihat beberapa contoh amalan Rasulullah yang kita dakwa sebagai qudwah.
i-Sebagai Rasul,
pekerjaan utama Rasulullah ialah menyebarkan Islam kepada manusia. Dalam misi
menyebarkan Islam sehingga Rasulullah telah keluar berjihad di medan
peperangan.
Kita?..juga sebagai
Daie…Ada kita buat kerja ini?..ianya bukan hanya kerja ustaz ustazah sahaja..walau
siapa pun kita..kita ditaklifkan sebagai Daie untuk menyebar dan mempertahankan
agama.
ii- Ibadah. Kita
ikut Rasulullah atau hanya sekadar kita ikut adat sahaja? Hendak tahu ibadah
kita tepat mengikut Rasulullah ..kita kena belajar khusus, kena berguru, berkitab..tidak
cukup hanya dalam program ceramah maulid semata-mata.
>Semua kehidupan kita
adalah ibadah.
>Makan- Ibadah, bagaimana makan kita boleh jadi ibadah?...Rasulullah selalu makan apa? Daging kambing, susu..Kita?..berkait makan juga kita kena cermat dan teliti lihat siapa yang memasak makanan tersebut, kena pilih kedai makan..bukan semborono sahaja makan di mana-mana kedai.
>Sukan-Ibadah, Rasulullah pernah berlumba lari dengan Aisyah, Rasulullah anjurkan kita menunggang kuda, memanah. Kita? Dalam beriadah kena menutup aurat..Kita lihat pakaian atlet-atlet..Andai kita boleh bertanya kepada Rasulullah, agaknya Rasulullah setuju dengan pakaian atlet kita?
>Kerja-Ibadah, kita tidak culas, amanah dengan kerja, tidak menerima rasuah, tidak masuk kerja lewat..balik awal..selalu nak claim itu ini, pergi kedai beli barang untuk pejabat pun mintak persen.
>Ibadah Khusus : Solat- Bagaimana solat fardhu Rasulullah..Di masjid, sehingga di saat akhir Sahabat papah Rasulullah ke masjid..kita?
2. Rasulullah juga
sebagai bapa yang cintakan anak-anaknya.
i- Rasulullah
suka bermain-main dengan anak-anak dan kadang-kadang beliau memangku mereka.
Beliau menyuruh Abdullah, Ubaidillah, dan lain-lain dari anak bapa saudaranya Al-Abbas r.a. untuk berbaris lalu berkata,
“Siapa yang terlebih dahulu sampai kepadaku akan aku beri sesuatu (hadiah).”
merekapun berlumba menuju kepada Rasulullah, kemudian duduk di ribanya lalu Rasulullah mencium mereka dan memeluknya.
ii-Nabi Muhammad SAW. sering berkunjung ke rumah para sahabat Anshar dan memberi salam pada anak-anaknya serta mengusap kepala mereka.
iii-Kisah yang masyhur Rasulullah bersama cucunya di masjid ketika solat.
Peranan
Bapa :
a)bagi didikan agama kepada isteri dan anak-anak.
b) jika tidak mampu, bawa anak isteri mendengar
program-program ilmu.
c)hantar anak ke sekolah agama, pusat tahfiz kerana
jika pandai agama –boleh bawa kepada selamat dunia dan akhirat.-Ada ijazah
sampai PHD tapi kalau jahil agama..tiada ertinya. Kalau kita mati bayangkan
anak-anak upah orang lain untuk solat sebab mereka tidak pandai..Nak doakan
kita pun minta imam yang bacakan doa.
3. Rasulullah dengan al-Quran
Diceritakan oleh Ummul Mukminin Aisyah r.a : كان خلقه
القران
Peranan Kita :
Peranan Kita :
- >>Kita boleh membaca
al-Quran, kalau tak pandai kena mulakan dengan belajar. Jangan biarkan diri
kita mati dengan buta huruf al-Quran.
- >>Tidak cukup dengan tahu
baca sahaja, kita kena fahamkan al-Quran, hadiri kelas pengajian tafsir..supaya
kehidupan kita selari dengan kehendak al-Quran.
No comments:
Post a Comment