PERLANTIKAN AJK
Kebanyakan masjid-masjid dalam Negara kita mempunyai AJK.
Bagi negeri Pahang, perlantikan AJK dibuat berdasarkan cadangan al-fadhil Qadhi
daerah ke Jabatan Agama Islam Negeri. Jabatan Agama akan mengangkat pula ke
Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu (MUIP). Sebelum daripada ini, perlantikan
AJK dibuat oleh ahli qaryah dalam mesyuarat agong. Kini cara itu tidak berapa
dipraktikkan lagi, ahli qaryah hanya boleh melantik 2-3 orang sahaja, yang lain
dilantik tanpa melalui pemilihan dalam mesyuarat agong. Kesnya kerana campur
tangan daripada ahli politik pemerintah yang melihat kebanyakan daripada ajk
masjid terdiri dari kelompok pembangkang jika dipilih melalui pemilihan dalam
mesyuarat agong. Sebab itu kebanyakan dari masjid qaryah pengerusinya terdiri
daripada penghulu, ketua kampong, ketua cawangan…
MESYUARAT AGONG
Berbeza dengan Masjid Daerah, langsung tiada mesyuarat
agong. AJK pula dilantik dari mereka
yang berjawatan besar di peringkat daerah. Mungkin pengerusi terdiri dari
kerabat, orang besar bergelar dan pegawai daerah. AJKnya pula Jurutera Daerah,
Ketua Polis Daerah, Pegawai Pelajaran Daerah, YDP Majlis Daerah dan ketua-ketua
jabatan di peringkat daerah.
KEKERAPAN MESYUARAT
Kekerapan Mesyuarat AJK masjid-masjid juga berbeza. Ada
masjid yang bermesyuarat secara bulanan, namun ada yang tak pernah buat
mesyuarat. Bagi masjid daerah yang AJKnya terdiri dari orang besar-besar
lagilah sulit hendak mengadakan mesyuarat. Kalau buat mesyuarat pun ramainya
yang menghantar anak buah menjadi wakil.
TABIAT AJK
AJK masjid boleh dibahagikan kepada beberapa kategori :
-AJK yang dilantik
menjadi AJK disebabkan jawatan yang disandang, biasanya menjadi ketua jabatan
di peringkat daerah walaupun dia bukanlah merupakan ahli Jemaah tetap yang
istiqamah hadir ke masjid.Positifnya untuk memudahkan gerak kerja dan aktiviti.
Contohnya bila nak buat gotong royong, ketua-ketua ini akan mengerahkan staf
masing-masing dan menggunakan peralatan mereka, seperti JKR, Majlis daerah,
bomba, polis dan askar.
Negatifnya ialah, kebanyakan daripada ketua-ketua jabatan
(bukan keseluruhannya) bukanlah terdiri daripada ahli Jemaah yang konsisten
hadir ke masjid. Mereka hadir pada hari jumaat sahaja dan program-program besar
yang melibatkan orang yang lagi besar dan berjawatan yang hadir. Apabila jarang
hadir, mereka tidak menjiwai masjid itu sendiri.
-AJK yang dilantik tetapi tidak pernah menghadiri mesyuarat
apatah lagi untuk melazimi bersolat Jemaah, mendengar kuliah & ceramah di
masjid.
Perkara ini terjadi, biasanya kepada AJK yang dilantik
disebabkan jawatan dan pangkat besar di peringkat daerah. Ada yang tidak pernah
hadir ke mesyuarat AJK, hanya menghantar wakil yang sahaja ke mesyuarat.
-AJK yang dilantik tetapi macam dia tak tahu yang dia
dilantik menjadi AJK.
Berlaku kepada ajk yang tidak pernah menghadiri mesyuarat
termasuk tidak pernah menghantar wakil menghadiri mesyuarat.
-AJK yang rajin datang ke mesyuarat sahaja, tetapi jarang
sekali menghadirkan diri ke masjid dan program-program anjuran masjid.
-AJK yang hadir ke mesyuarat dan selalu hadir berjemaah di
masjid walaupun mempunyai jawatan besar di peringkat daerah.
PERANAN AJK
AJK Masjid berperanan besar dalam mengoperasikan Masjid. Dari segi
pembangunan, keceriaan, kebajikan, keselamatan, pengimarahan dan bermacam-macam
lagi.
KESIMPULAN
Kita lihat masjid yang imarah, kebiasaannya mempunyai AJK
yang istiqamah dalam membangunkan masjid. Mereka tidak mengharapkan jawatan
tetapi bekerja bersungguh-sungguh dalam membangunkan masjid. Mereka bekerja
tanpa ada elaun bahkan kadangkala mengeluarkan biaya sendiri demi memastikan
rumah Allah sentiasa terpelihara dan diagongkan.
Sekian.
p/s : Masjid kami baru sahaja mengadakan mesyuarat AJK yang dijadualkan 3 bulan sekali. Sekali dengan majlis penghargaan kepada AJK yang lama yang telah tamat sesi yang lepas.
Mesyuarat berlangsung di Residen Inn, dipengerusikan oleh YH Dato' Pegawai Daerah (DO)
agak-agak saya duduk di mana :)
penyampaian cenderamata kepada bekas AJK, anak kepada bekas setiausaha menerima bagi pihak ayahnya yang uzur. Berkhidmat lebih daripada 25 tahun selaku setiausaha masjid.
YH Dato' DO menyampaikan cenderamata kepada bekas bendahari masjid yang juga telah menjawat jawatan bendahari masjid lebih daripada 25 tahun.
jamuan selepas mesyuarat.
No comments:
Post a Comment