Mutakhir ini kita melihat budaya pengajian ilmu di masjid
dan surau dalam Negara kita semakin diminati orang, golongan tua, muda, lelaki dan perempuan
semuanya terlibat sama.
Kelas-kelas pengajian begitu rancak diatur oleh pentadbir
masjid. Bermula dengan kuliah subuh, kuliah dhuha, kuliah muslimat, kuliah
zohor, kelas pengajian al-quran selepas asar, kuliah maghrib, kelas al-quran
selepas isyak, ceramah perdana, forum, kuliah bulanan dan bermacam lagi dalam
rangka aktiviti pengimarahan masjid.
Fenomena positif ini kebanyakannya berlaku Bandar-bandar besar terutamanya di Kuala
Lumpur dan negeri Selangor. Para ustaz dan ustazah tersohor yang dilabel
selebriti semestinya mempunyai jadual yang padat bagi mengisi aktiviti-aktiviti
pengimarahan tersebut.
Namun dalam keseronokan pentadbir-pentadbir masjid di
bandar-bandar besar menyusun pengkuliah, mencari penceramah yang terkenal,
terdapat banyak lagi masjid dan surau yang tidak dapat memaksimakan aktiviti
pengimarahannya terutamanya memenuhkan diari masjid dengan majlis pengajian
ilmu.
Isu ini disebabkan beberapa perkara:
AJK SALAH FAHAM -Ada masjid terbabit yang AJKnya memang
sengaja tidak mahu mengimarahkan masjid mereka. Pada mereka masjid hanya tempat
solat semata-mata.
AJK YANG SEKULAR –mereka bukannya ahli masjid, tetapi orang
kuat politik sekular. Disebabkan itu mereka dipilih oleh ketua kampong menjadi
AJK walaupun tidak disukai oleh ahli Jemaah. Mereka sengaja membiarkan masjid
tidak berprogram, Jika mereka AJK menganjurkan banyak program ilmu, nanti ahli
Jemaah semakin ramai memahami Islam akhirnya mereka takut ahli Jemaah akan
menentang parti politik mereka.
MASJID & SURAU TIADA KEWANGAN (saya ingin mengulas isu
ini)- kebanyakannya di kampong tradisional yang sangat jarang orang luar
singgah, hanya ahli kampong terbabit yang berjemaah di masjid. Bukannya tidak
ada tabung masjid, tetapi yang menderma hanyalah ahli kampong tersebut yang terhad dan sudah tentu jumlah kutipan
sangat sedikit, dengan kebanyakannya sudah berumur dan bekerja kampong sahaja ada
yang kutipan setahun hanya berjumlah RM 400, RM 500 dan mungkin ada yang lagi
sedikit dari jumlah tersebut. Dengan kewangan masjid yang sangat terhad mana mungkin mereka mampu
menganjurkan function yang besar. Duit habis dengan bayar bil air dan api
sahaja.
Kadang-kadang dalam setahun, adalah sekali dua Jabatan Agama
akan memilih masjid-masjid di pedalaman untuk berprogram bersama ahli qaryah.
Punya suka mereka, sampai sekampung
turun mengambil bahagian, memasak bergotong royong dengan sedikit duit peruntukan dari Jabatan. Jika
tiada duit peruntukan, kembali sepi masjid mereka.
Bila mereka dengar masjid-masjid di bandar besar
menganjurkan program besar, jealous juga mereka. Mungkin mereka boleh juga cuba
mencari dan menghubungi penceramah-penceramah yang tersohor. Cumanya
kesanggupan penceramah untuk turun ke pedalaman dan yang tak enaknya ada pula
penceramah yang letak harga yang tinggi untuk kos depa datang berceramah (baca bukan semua..hanya sebahagian yang peratusnya sangat kecil).
Saya juga mengalami, bila menghubungi penceramah..bila
dengar daerah yang hulu..ada yang kata jauh, payah nak pergi..bila kita tengok
jadual depa, jauh ke luar negara boleh pula..Itu kalau dapat panggil sekali
datang, beribu bayar..Guru-guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebulan ada
yang dapat RM 200 sahaja. Kerja lagi susah nak didik budak-budak kecil.
Berceramah senang..cakap sahaja..menyanyi sikit, buat lawak bagi orang
gelak-gelak..lepas tu beribu dapat syeikh….
Di sini, saya ingin mengesyorkan kepada masjid kampong yang
kewangannya tipis, Di bawah JAKIM ada disediakan Guru Takmir, setiap masjid dan
surau layak memohon guru takmir untuk mengisi kuliah pengajian ilmu. Masjid dan
surau tidak perlu runsing untuk membayar saguhati kepada ustaz-ustaz. JAKIM
yang akan bayar. Walaupun jumlahnya tidak besar lepaslah untuk duit minyak
kereta. Namun setiap masjid dan surau hanya boleh SEORANG sahaja menerima guru
takmir.
Majlis Ugama Pahang (MUIP) ada menyediakan Brigged
Penceramah, tetapi terhad untuk masjid sahaja yang boleh memohon. Untuk surau
hanya guru takmir sahaja. Maknanya kalau setiap masjid ada guru takmir dan
briged penceramah sudah ada dua majlis pengajian ilmu dalam seminggu. Bagi
surau ada sekali seminggu. Selebihnya AJK masjid di kampong-kampung kena lebih
kreatif. Mungkin sesuai kita katakan.. sekarang menjadi AJK masjid di kampong
lebih mencabar berbanding di Bandar..Wallahua’lam..
Surau Kg Lalang yang sudah setahun setengah tidak digunakan..
Sejadah pun tiada, ambil dari masjid qaryah..
Tok Ketua Kampung dalam ucapan aluan, pakai mic portable kuasa bateri..berhasrat ingin menghidupkan kembali surau ini...
Insya Allah bermula dengan program kuliah dwi mingguan dalam rangka ingin menghidupkan kembali surau ini..
No comments:
Post a Comment