Tuesday, April 30, 2013

Watak Sebenar bila musim PRU - 2


Cerita 1
Ustaz Azhar Idrus seorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi, semua orang sangat mengenalinya terutama golongan muda.  Setiap kali program kuliah yang disampaikannya lautan manusia melimpahi segenap ruang yang ada bagi menimba ilmu darinya. Sudah tentu kebanyakan surau dan masjid sangat berharap dapat menjemput Ustaz Azhar berkuliah ke tempatnya.

Rakan kami di Masjid Daerah Maran sudah lama booking tarikh dengan Ustaz Azhar, rasanya dari tahun lepas lagi. Akhirnya sepakat tarikh 23/4 kuliah Ustaz Azhar Idrus di masjid daerah Maran. Pihak masjid dan orang tempatan sangat teruja dan menunggu detik tersebut.Tetiba tanpa disangka, di saat akhir ‘orang-orang besar’ di Maran tidak senang hati dengan program tersebut. Mereka tidak membenarkan program tersebut diadakan dengan alasan dekat sangat dengan PRU. Kata mereka lagi, selepas PRU nanti ikutlah nak panggil siapa-siapa pun, semua boleh. Akhirnya program di Masjid daerah Maran terpaksa dibatalkan..

Alhamdulillah, program bersama UAI tetap dijalankan cuma berpindah ke Masjid Daerah Jengka..
Esok lusanya..pegawai-pegawai masjid Jengka dipanggil mengadap ke balai Polis untuk memberi keterangan. Masa saya kecil dahulu..pemahaman saya balai polis tempat orang jahat-jahat yang dipanggil…rupanya Pegawai Masjid yang al-Hafiz pun kena keluar masuk balai polis.

Cerita 2

Masjid daerah Bera dijadulkan akan berprogram pada 1 Mei nanti bersama Habib yang biasanya disertai dengan majlis berqasidah.. Persiapan untuk program besar ini berjalan lancar sehingga SUK mengarahkan supaya program ini dibatalkan..tak tahu alasan apa..
Namun penganjur tetap berkeras untuk melaksanakan juga program seperti yang telah dirancang.
ada sahabat saya yang sering menyampaikan kuliah di pejabat SUK..tak sangka SUK boleh cansel program agama bila time PRU ini.

Penutup
1.Semasa saya Kursus Induksi di INTAN di awal perkhidmatan sebagai pegawai dahulu , Kami telah diajar untuk membuat kerja dengan kemas, diajar membuat takwim.. Maka program-program di masjid telah dirancang awal..dimasukkan ke dalam takwim. Cuma semuanya terganggu disebabkan PM kita yang tak pandai membuat takwim dalam pentadbirannya. PM Australia bahkan India pun pandai umum awal tarikh PRU supaya menyenangkan orang ramai/ syarikat/ organisasi menyusun perancangan planner masing-masing. Semasa awal tahun ini sebelum diumumkan tarikh pembubaran Parlimen, kita nak buat program pun susah..nak panggil penceramah pun payah..penceramah bagi alasan tak boleh nak confirm  lagi sebab tunggu tarikh PRU.



2. Program-program agama pun disekat oleh pihak yang merasakan diri mereka berkuasa di dunia ini..TAHU lah nanti dekat akhirat sana..rasa berkuasa juga ke…

Wallaua’lam..

No comments: