realiti seorang imam..
Seorang pakcik bercerita : imam ni orang buat macam kerbau atau pokok pisang.
kenapa Kerbau?
Tanduk nak buat penyedut darah untuk berbekam. Ekor boleh buat sup ekor. orang nak dagingnya tetapi biarkan kerbau tersebut mencari maknnya sendiri.
Pokok pisang ?
Jantungnya boleh buat ulam, daun boleh buat pembungkus nasi lemak, batangnya boleh buat umbut, dahulunya buat tempat orang berkhatan.. kebanyakan pokok pisang dibiarkan sahaja tumbuh berselerak. Jarang orang menjaganya dengan rapi seperti menyiram air dan isi baja supaya tumbuh subur.
Begitulah kiasan seorang pakcik..Orang beria nak guna imam..
Selain solat, kenduri arwah, doa selamat, mandi jenazah, majlis tahlil, solat hajat, cukur & tahnik budak, solat jenzah dan sebagainya.. Dah setel kehendak mereka..maka khidmat imam dilupakan. Bila terdesak kembali baru sibuk mencari imam.. Begitulah...
No comments:
Post a Comment