Dalam bulan Ramadan, saya perhatikan
Antara punca kelas mengaji petang tertangguh dalam bulan
Ramadan, kerana masing-masing memberi alasan untuk membuat persiapan berbuka
puasa. Jadi semua program lain tidak boleh dijalankan disebabkan persiapan
untuk berbuka puasa.
Kita berpuasa dalam bulan Ramadan bukanlah matlamat utamanya
untuk berbuka puasa. Bila kita meletakkan matlamat utama kita berpuasa hanya
untuk berbuka puasa semata-mata, itu
yang kelas mengaji sampai stop. Separuh dari masa petang kononnya dihabiskan
untuk persiapan berbuka puasa.
Sampaikan penyakit ini merebak kepada pegawai masjid seperti
imam dan bilal. Ada imam dan bilal sepanjang bulan Ramadan tidak hadir untuk
menjalankan tugas di waktu maghrib. Puncanya kerana hendak berbuka puasa di
rumah. Mereka meletakkan keutamaan berbuka puasa lebih dari amanah tugas yang
digalas untuk memimpin perjalanan solat maghrib di masjid.
Hendak buat perbandingan, amanah lagi DJ radio, duduk
berbuka di konti berbanding pegawai masjid yang tidak hadir maghrib di masjid.
Ramadan ini, saya tetap jalankan kelas mengaji di waktu
petang, dan alhamdulillah anak murid tiada masalah untuk hadir, dan boleh juga
berbuka puasa sama macam orang lain juga.
Semoga Ramadan yang berbaki ini, kita lipat gandakan amalan
kita..jangan banyak masa tergendala disebabkan persiapan untuk berbuka puasa.
Pengajian selepas asar di Masjid
No comments:
Post a Comment