Monday, September 09, 2013

Syafawi al-quran

Sekarang bahang peperiksaan SMA (sijil menengah agama) sudah mula terasa. mana tidaknya..imtihan syafawi al-Quran telah bermula. Terkenang zaman saya dahulu, 5 surah hafazannya lebih mencabar berbanding kini. Zaman tersebut, surah yang perlu dihafal bermula dari surah Zumar, Ghafir, Fussilat , As Syura dan Zukhruf.  Berbanding sekarang yang lebih mudah kerana surah hafazan yang dipilih menjadi surah-surah yang lazim dihafaz seperti surah as-Sajadah.
Apa pun surahnya..saya ucapkan selamat berimtihan syafawi buat semua pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.

Kami (imam-imam masjid daerah) juga akan menempuh imtihan syafawi al-Quran. Orang lain bila dah bekerja..kalau ada pun kena masuk peperiksaan tak lah susah macam masa ambil SPM dahulu. Bagi saya, sangatlah mencabar pada zaman bekerja ni nak mengulang al-Quran.

Bittaufiq wannajah juga buat semua imam-imam yang akan menempuh siri kursus imam wibawa. Nama kursus tetapi ujian hafazan al-Quran sebenarnya.

Juga sekarang dalam fatrah, Majlis Ugama Islam Pahang juga mengadakan sesi temuduga hafazan buat para pelajar tahfiz dan penghafaz al-Quran. Kita doakan semuanya berjaya..


No comments: