Para penjaga inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka.
Walaupun mereka jahil tetapi mereka akan memastikan anak-anak mereka akan
menjadi lebih baik dari mereka. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka
ke sekolah agama demi mencapai hasrat tersebut. Namun tidak semua impian mereka
tercapai. Walaupun dihantar ke tempat acuan yang terbaik namun ada juga yang
rosak dan tidak menjadi.
Kisah i :
Beberapa tahun yang lalu, saya bersama beberapa rakan sedang
duduk minum-minum di sebuah medan selera yang membarisi beberapa unit kedai
makan. Pada mulanya kami tidak perasan dan saya percaya watak yang hendak saya
ceritakan pun tidak perasan sampai ke akhirnya. Di hujung meja kelihatan si ibu
dan anak gadisnya. Ibunya elok lengkap bertudung labuh dan memang dahulunya
saya sentiasa melihat kelibatnya bertudung labuh setiap hari menghantar anak-anaknya (sebaya dengan saya)
ke sekolah agama. Tetapi yang memelikkan penampilan anak gadisnya yang ‘free
hair’, walhal dahulunya sama-sama dengan rakan saya (kini bergelar Ustaz) yang
sedang minum itu dalam sekelas di sebuah sekolah agama harian.
Kisah ii :
Semasa saya belajar di Maahad Tahfiz dahulu, sering kami
keluar makan minum di medan selera berhampiran dengan tempat belajar.
Pekerja-pekerja di kedai makan itu silih bertukar ganti, biasanya student kolej
yang kerja part time untuk mendapatkan income tambahan bagi menampung kehidupan
harian mereka. Pernah suatu ketika
ketika kami sedang makan minum, seorang
sahabat kami merasa macam kenal dengan
seorang waiter baru kedai tersebut.
Seorang perempuan muda (sebaya dengan kami) yang ‘free hair’ juga.. Katanya
macam sama sekolah menengah agama dengan dia dahulu. Sampai akhir tingkatan
4, budak
perempuan tu kandas Sijil
Menengah Agama (SMA) . Tingkatan 5 dia tukar ke sekolah menengah biasa.. 4
tahun pergi sekolah bertudung labuh dan
belajar agama ..setahun sahaja sekolah menengah biasa kemudian masuk ke
Kolej..berubah terus penampilan..
Kisah iii
Sepasang suami isteri yang merupakan tokey kedai makan
pernah menceritakan perihal anak gadis kebanggaan mereka semasa saya
duduk-duduk bersarapan bersama rakan-rakan. Kata mereka lepas habis sekolah
menengah agama anak mereka ambil Sijil
Tinggi Agama (STAM)di Pekan kemudian menyambung di peringkat ijazah di UIA.
Katanya boleh pegi ke Mesir tapi anak dia tak pergi..belajar U dalam sahaja.
Baru-baru ini si gadis tersebut melangsungkan perkahwinan dan disebabkan ibu
bapa mereka beberapa kali mengajak saya ke kenduri tersebut dan kebetulan saya
berkelapangan untuk menghadirinya. Apa yang saya lihat si gadis lulusan STAM
tersebut tidak bertudung (free hair jugak)..
Begitulah beberapa kisah sewaktu di kedai makan..
Sekian
No comments:
Post a Comment