Pada 13 November 2014 telah diadakan perjumpaan buat semua guru takmir daerah Lipis bersama Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Lipis (PPMD) bertempat di Pusat Dakwah Sungai Kerpan.
Antara taklimat yang diberikan ialah elaun yang dibayar oleh JAKIM kepada guru takmir adalah untuk 11 bulan sahaja, bermula dari bulan 1 sehingga 11. Elaun adalah berjalan semasa bulan Ramadhan. Masalah yang timbul adalah hampir kesemua kelas takmir tidak dijalankan dalam bulan Ramadhan, sudah menjadi kelaziman di negara kita, waktu pengajian takmir adalah selepas maghrib dan dalam bulan Ramadhan boleh dikatakan hampir kesemua masjid dan surau menangguhkan sesi kuliah maghrib.
Dalam pertemuan ini juga, diadakan mesyuarat kecil untuk semua ajk unit-unit 'persatuan' guru takmir daerah Lipis. Saya berada dalam unit dakwah, dan ketua kami begitu bersemangat membentangkan cadangan kertas kerjanya. Seperti program menyembelih, kursus jenazah dan kursus tahsin al-Quran.
No comments:
Post a Comment