Monday, January 12, 2015

Misi Skuad Ansar Masjid selepas banjir

Ketika solat jumaat, beratus ataupun mencecah ribuan orang akan hadir untuk berjemaah menunaikan solat jumaat di Masjid Sultan Mahmud. Jumlah itu akan ketara berkurangnya ketika solat fardhu yang lain. Daripada sejumlah ahli jemaah tetap yang biasa menunaikan solat fardhu berjemaah di Masjid ini terbentuklah suatu kelompok kecil yang digelar Skuad Sahabat Masjid 'aka' Skuad ANSAR MSM. Skuad inilah yang menolong dan bersama  dengan pegawai-pegawai masjid mengimarahkan aktiviti dan program di masjid. Mereka bukanlah AJK Masjid jauh sekali berjawatan besar, orang-orang biasa sahaja yang Allah beri secebis  kesedaran untuk membantu bersama dengan kami (pegawai masjid).

Kami berkesempatan turun di lapangan membantu mangsa banjir membersihkan rumah dan menyampaikan sedikit sumbangan daripada Masjid Sultan Mahmud.

Antara rumah pilihan kami di rumah kebajikan yang dibina oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mereka yang layak menghuninya.


Kami membantu membersihkan sampah-sarap yang berlonggok di hadapan rumah dan penghuni rumah sudah tak tahu hendak dibuang ke mana. Ketika lori kami ingin membuang sampah, pihak Alam Flora tidak mahu menerima sampah kami. Kami menelefon pegawainya dan jawapan darinya sangat mendukacitakan. Disuruhnya kami buang sampah tersebut dalam hutan.. Kenapa? sebab kami hanya dari Rumah Allah yang tak bayar kepada mereka?. Kalau kami YB, Dato DO.. mesti lain nada mesra  staf Alam Flora tersebut. Dunia sungguh, siapalah  guru yang 'training' staf Alam Flora tersebut. Nanti depa meninggal orang masjid juga yang dicari. Waris depa tak carinya YB ke..orang kaya mana ke minta urus jenazah depa.

Seterusnya kami ke rumah pakcik dan makcik ini. Tiada siapa yang pedulikan mereka..ialah orang susah yang tidak medatangkan apa-apa keuntungan dunia buat si penolong. Ralatnya sehari sebelum kami sampai, team dari Persatuan Budha sudah sampai ke rumah pakcik dan makcik ini.
Jika kami sampai lewat, mereka akan buat operasi untuk menolong pakcik dan makcik ini. 

Aduhai! Terasa lemahnya kita umat Islam, umat kita yang ditimpa musibah orang dari agama lain pula yang lebih cakna dan mendahului. Teringat di zaman Khalifah dahulu, ada seorang muslimah dianiyai (dicabul) terus Khalifah menghantar sepasukan tentera ke sana. Sekarang?
Orang boleh buat apa sahaja terhadap kita umat Islam. Termasuklah Isu hangat gadis kita berpeluk dengan artis Kpop. Siapa yang harus disalahkan??
Pendapat saya kerana kita umat Islam lemah maka terjadilah perkara seperti itu.

 Jiran-jiran dan orang dari Persatuan Budha  tanya dari mana (chinese) , Kami jawab : Team Masjid.. depa kata : Baguslah..
 Imam Faizal menyembur Waterjet..

 Walaupun Skuad ANSAR Masjid berada di sini, team dari Persatuan Budha ini tetap datang dan menolong kami..
 Kelihatan, Wanita ini yang sudah berumur  dari Persatuan Budha.. bertungkus lumus bersama dengan kami membersihkan rumah pakcik dan makcik ini.

 Lumpur terlalu banyak, Tak boleh 'support' dengan waterjet.. Kami guna water pump sedut air dari sungai.. Baru puas hati..

Kelihatan Ustaz Amir dari BAKA IPD Lipis dan  turut bersama kami Imam Zakaria dari Masjid Daerah Temerloh.



 Khemah tempat Pakcik dan makcik berteduh 

Selesai misi, kami singgah sebentar di Majlis kenduri Staf Pejabat agama yang kebetulan ayahnya merupakan antara ahli jemaah masjid yang prihatin.

Semoga, Allah memberi kekuatan untuk terus menggerakkan skuad Ansar Masjid ini. Harapan kami jentera team ini akan semakin berkembang.Doanya semoga dipermudahkan.

No comments: