Pukul 4 pagi tadi saya bersama sahabat,
Ustaz Hazmi dan Ustaz Arif bersahur di Restoran Alif Maju Lipis. Salah sebuah
kedai mamak yang terkenal di daerah ini. Kedai mamak yang mula-mula beroperasi
24 jam di Bandar Lipis. Sepanjang Ramadhan Restoran Alif maju akan mula beroperasi
bermula jam 3 petang sehingga subuh. Lebih menarik Restoran Alif Maju menaja
selama 3 hari juadah iftar jamaie di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis.
Baru-baru ini timbul isu yang ada kaitan
dengan kedai mamak. Antaranya apabila ada menteri yang menyebut cadangan untuk
menghadkan tempoh beroperasi kedai makan sehingga jam 12 malam sahaja kerana untuk
membenteras gejala sosial yang melanda negara kita. Maka yang terpalit dengan
perkara ini ialah kedai makan mamak kerana rata-rata kedai mamak beroperasi 24
jam. Pendapat saya yang kerdil ini, kedai makan perlu ada 24 jam, sebagaimana
jadual perjalanan bas, kapal terbang yang tidak mengira waktu sama juga
situasinya dengan kedai makan. Bagaimana pula dengan status kedai 7E yang juga beroperasi 24 jam. Lebih
membimbangkan kedai 7E terang-terang ada menjual minuman keras (arak).
Masih bercerita perihal kedai mamak, ada
pula ahli persatuan mereka yang menyatakan tak sesuai istilah mamak digunakan.
Ada di kalangan mereka yang berkecil hati dengan gelaran tersebut. Mereka
mengesyorkan supaya dikenal mereka dengan Kedai Nasi Kandar bukan kedai mamak.
Dalam Islam, kita diajar untuk memberi gelaran yang baik kepada orang lain.
Cuma, dalam isu ini saya tidak mempunyai pengetahuan tentang istilah tersebut. Insyaa Allah ada masa saya
kena ‘discus’ dengan mereka yang lebih arif atau pun dengan geng ‘mamak’
sendiri.
Sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment