Monday, June 29, 2015

Kisah Ramadhan (KIRAM 3) : Sahur di Mesir

Keunikan dalam Islam ketika berpuasa ialah bersahur sebelum masuk waktu fajar. Mana ada ajaran agama lain yang buat begini. Ketika orang lain sedap tidur masa tu kita makan, makanan berat pula. Inilah antara keindahan Islam yang mempunyai pelbagai hikmah yang tersirat.

Serba sedikit kenangan bersahur yang ingin saya kongsikan sewaktu berada di Mesir, kami mempunyai jadual giliran memasak. Terpulang atas tukang masak untuk  memasak apa sahaja yang berkenan di hatinya. Kebetulan jika tengah memasak  stok barang-barang untuk  masakan seperti garam, gula, beras habis maka secara automatik tugas untuk membeli jatuh pada siapa yang tengah memasak.

Ada masanya si tukang masak memasak siap-siap sebelum tidur, dan ada yang bangun se awal jam 3 pagi untuk memasak. Kami ‘ahli bait’ akan makan bersama-sama dalam talam. Tunggu seorang demi seorang duduk bersila di depan talam dan barulah makan bersama-sama setelah kouta talam dirasakan sesuai untuk memulakan suapan.

Pernah terjadi, Kami semua bangun untuk bersahur tetapi tiada makanan pada pagi tersebut. Rupanya si tukang masak bercadang untuk masak di awal pagi tetapi apakan daya tidurnya lena malam tersebut.

Ketika yang lain pula, makanan telah disiapkan awal oleh tukang masak, tetapi semua ahli bait terjaga ngam-ngam azan subuh, alamat tak bersahurlah kami semua. Terus bersiap ke masjid untuk bersolat subuh. Tempoh azan dan iqamah untuk solat subuh selama setengah jam memungkinkan kami untuk sentiasa berkesempatan  bersolat subuh berjemaah di masjid yang terletak betul-betul di hadapan rumah.

Paling menarik di Mesir, terdapat penggerak sahur. Ada yang bergerak secara solo dan ada dalam kumpulan, mereka akan melaung-melaung dengan berirama untuk menggerakkan orang bangun sahur.

Begitulah antara sedikit kenangan bersahur di Mesir suatu ketika dahulu.


Sekian, Wassalamu

2 comments:

  1. Hati Besi8:39 AM

    Tergamit kembali memori di bumi kinanah..
    Ramadhan paling indah untuk dikenang.
    Semoga Ramadhan yg masih berbaki mampu meningkatkan iman dan takwa kita pada Allah taala.
    Salam Ramadhan.

    ReplyDelete
  2. Moh kita kumpul duit..pergi jalan2 ke sana... :)

    ReplyDelete