Thursday, July 09, 2015

Kisah Ramadhan (KIRAM 5) Berbuka puasa i

Saat yang paling menggembirakan ketika berpuasa ialah ‘time’ berbuka puasa. Tak kisah lah apa bentuk juadahnya, semua orang akan menikmati sepuasnya.
Restoran dan hotel juga mengambil peluang menambah rezeki dengan menyediakan pelbagai pakej iftar.

Suatu perkembangan yang sangat menarik, kini banyak masjid telah menyediakan iftar jamaie  pada setiap hari. Pemandangan menarik ini mungkin tidak melibatkan ke semua tempat lagi terutamanya di kampung-kampung. Tetapi di bandar-bandar hampir kesemua masjid dan surau menyediakan iftar setiap hari.

Mereka yang iftar jamaie di Masjid/surau akan dapat beberapa faedah antaranya yang terutama ialah dapat menunaikan solat maghrib secara berjemaah di masjid dan surau. Dapat menjimatkan kos kewangan kerana iftar di masjid percuma sahaja. Dapat makan  bersama-sama dengan sahabat-sahabat dan melatih diri menjadi seorang yang redha dan tidak memilih. Terpulang pada penaja nak hidang menu dan juadah apa pun.

Iftar jamaie di masjid kami tahun ini sangat memberansangkan. Dari hari pertama sehingga sekarang Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan. Setiap hari tak kurang 150 orang yang akan berbuka puasa bersama di masjid kami. Alhamdulillah.

Beberapa pengalaman ringkas ketika beriftar suatu ketika dahulu yang ingin dikongsikan..



Semasa di Mesir, sepanjang Ramadhan saya berbuka puasa di masjid. Masjid-masjid yang menyediakan juadah berbuka puasa biasanya akan mempamerkan iklan yang bertulis Maidah Rahman. Masjid di hadapan rumah kami menyediakan meja khas untuk kami (pelajar Malaysia). Kebiasaannya di Mesir, menu untuk iftar adalah sama sepanjang Ramadhan. Saya masih ingat jika di masjid Syari’ Kholusi yang setentang dengan rumah kami juadah akan dihidangkan di dalam tray besi, ada nasi, daging rebus, kuah foul dan roti. Air pula lazimnya ialah air kosong yang dingin.



Penghujung Ramadhan, biasanya kami bertandang ke Masjid Amru al’As (masjid pertama yang dibina di Mesir), terutama pada malam 27 Ramadhan, Ribuan manusia yang berkunjung ke sini. Kami bertolak selepas asar dengan menaiki train, kena datang awal kerana manusia terlalu ramai.. Di sana walaupun kadangkala pada asalnya kita tidak mempunyai makanan, akhirnya di hadapan kita penuh dengan aneka ragam makanan. Ramai dermawan arab yang mengagihkan makanan. Biasa juga di persimpangan jalan, para dermawan mengagihkan makanan kepada pemandu kereta, penumpang teksi, bas dan tramco.

Di Kuantan sekarang masyhur iftar di padang MPK bersebelahan Masjid Negeri Pahang. Saya pernah bersama sahabat cuba merasai kemeriahan tersebut, memang menyeronokkan cuma yang  menyedihkan kerana ramai yang berbuka di padang yang bersebalahan dengan masjid tetapi sangat sedikit yang menunaikan solat maghrib di masjid tersebut. Ada juga yang tidak menjaga akhlak berpakaian (tidak menutup aurat),  sangat tidak manis duduk bersantai bersebelahan dengan masjid tetapi tidak mahu solat di masjid dan menutup aurat. Semoga perkara ini dapat dibendong suatu ketika nanti.

Saya percaya kita semua mempunyai kenangan ketika beriftar.. ada masa saya sambung lagi KIRAM iftar ini..

Kalian juga boleh search post-post saya yang  lama-lama berkaitan berbuka puasa dalam blog ini.

Sekian..wassalamu





No comments:

Post a Comment