Pengenalan ringkas mengenai Masjid negeri Perak yang
diambil dari sumber Wikipedia :
Masjid Sultan Idris Shah II terletak berhampiran Stesen keretapi
Ipoh, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Mahkamah Syariah serta Mahkamah
Tinggi Ipoh dan stesen bas Ipoh. Masjid ini telah dirasmikan pada 15 September 1978 oleh Sultan ldris
Iskandar Shah II (1963-1984), Sultan yang ke-33, sempena dengan perayaan
ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-33. Ianya terletak di atas sebidang tanah
seluas kira-kira 2.6 hektar di tengah- tengah bandaraya Ipoh. Kerja-kerja
pembinaan masjid tersebut telah dimulakan pada 16 Mei 1966, dan batu asas telah
diletakkan pada 27 Oktober 1967 oleh (Allahyarham) Tun Haji Abdul Razak,
pada ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Masjid ini telah siap dibina
pada 26 Ogos 1968.
Pada
mulanya, masjid ini dinamakan sebagai 'Masjid Negeri (Perak)' dan telah
digelarkan 'Masjid Sultan Idris Shah II' sempena nama Sultan Idris Iskandar
Shah II yang telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1984.
Idea
pembinaan masjid ini berasal daripada (Allahyarham) Orang Kaya-Kaya Panglima
Bukit Gantang Seri Amar Diraja Abdul Wahab pada tahun 1951. Beliau yang pada
ketika itu adalah Menteri Besar telah sedar bahawa masjid-masjid yang sedia ada
di lpoh tidak mencukupi untuk memuatkan semua jemaah yang menunaikan ibadah
pada satu-satu masa seperti hari kebesaran Islam dan ibadah sembahyang Jumaat.
Jumlah kos perbelanjaan pembinaannya ialah RM1,840,000.00
Keunikan masjid ini yang mempunyai sebanyak 30 buah kubah gelembong, 14 kubah leper (seperti yang tercatat di papan kenyataan masjid)
Pejabat Imam Besar Masjid Negeri Perak
Menariknya, pejabat bahagian pengurusan masjid dan surau Jabatan Agama Islam Perak bertempat di Masjid ini, bukannya di Kompleks Islam Darul Ridzuan.
Bergambar kenangan di plak perasmian
Dewan solat tingkat atas yang dihias dengan menarik dan selesa. Sekarang solat fardhu 5 waktu ditunaikan di dewan tingkat bawah. Hanya solat jumaat dan hari raya ditunaikan di dewan solat tingkat atas.
Singboard Utama Masjid Negeri Perak.
Terdapat kemudahan mesin ATM bank rakyat yang disediakan di dalam kawasan Masjid Negeri Perak.
No comments:
Post a Comment