Dalam negeri pahang terdapat 19 buah sekolah menengah agama di bawah kerajaan negeri Pahang yang diletakkan di bawah Jabatan agama Islam Pahang. Salah satunya ialah Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF).
Sedikit pengenalan mengenai sekolah SMATAF yang dipetik dari laman web http://smataf.pahang.edu.my/index.php/mengenai-kami/sejarah-sekolah
"Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (
SMATAF) adalah sebuah sekolah menengah agama perempuan pertama dan tunggal di
negeri Pahang Darul Makmur yang terletak di Bandar Diraja Pekan.
Sekolah ini diasaskan oleh Majlis Ugama Islam
dan Adat Resam Melayu Pahang pada tahun 1959 bertempat di Istana Kuning yang
telah dikurniakan KDYMM Sultan Pahang Al-Marhum Sultan Abu Bakar Al-Muadzam
Shah. Sekolah ini telah mendapat bantuan Kerajaan Pusat untuk mendirikan sebuah
bangunan yang bernilai RM 120,000.00. Nama asal sekolah ini ialah Kuliah Tengku
Ampuan Fatimah Pahang. Nama ini di ambil sempena nama Tengku Ampuan Pahang pada
ketika itu. Sekolah ini dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang Al-Marhum Sultan
Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah pada 1 Februari tahun 1960.
Pada tahun 1996 sekolah ini telah di ambil
alih oleh kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Pada tahun 70-an, sekolah
ini telah membuka peluang kepada pelajar lelaki sehinggalah tahun 1984 kerana
ketandusan pelajar. Mulai tahun 1985 sehinggalah ke hari ini, sekolah ini hanya
menerima pelajar perempuan sahaja.
Pada tahun 1985, sebuah asrama pasang siap
telah di bina oleh Yayasan Pahang di dalam kawasan sekolah yang dapat menampung
kira-kira 120 orang pelajar dan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang,
Sultan Haji Ahmad Shah pada 6 September 1986 serentak dengan sambutan suku abad
Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan. Penambahan telah dibuat
pada tahun 1987 iaitu sebuah bangunan baru tiga tingkat yang mempunyai bilik
darjah, bilik guru, bilik mesyuarat, pejabat, makmal.
Pada awal tahun 1989, sekolah ini telah
mendapat penambahan asrama di belakang kawasan sekolah yang telah dikurniakan
KDYMM Sultan Pahang yang boleh menampung 80 orang pelajar. Pada tahun 1991
telah didirikan sebuah surau yang boleh memuatkan 200 orang jamaah.
Pembelajaran di sekolah ini berjalan lebih selesa dengan penambahan kelas dan
asrama tersebut. Secara tidak langsung pencapaian prestasi pelajar semakin
meningkat dari tahun ke tahun dengan adanya kemudahan-kemudahan tempat belajar,
tempat tinggal dan tempat makan yang sederhana.
Sekali lagi KDYMM telah bermurah hati
mengurniakan tapak Istana Inderapuri untuk didirikan kompleks asrama yang
lengkap, dengan peruntukan perbelanjaan daripada kerajaan negeri berjumlah
RM6.2 juta. Asrama ini mampu menempatkan kira-kira 300 orang pelajar dan telah
diduduki dengan rasminya pada 7 Februari 1998. Pada hari ini sekali lagi,
sekolah ini mencatat sejarah dengan perasmian Asrama Puteri Inderapuri oleh
KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaiin Billah. Alhamdulillah
dengan siapnya kompleks asrama ini telah memberi peluang kepada
pelajar-pelajar untuk menikmati kemudahan yang selesa.
Bangunan SMATAF terkini (2015)
Lebih menarik, di SMATAF terdapat suatu sejarah silam yang mungkin tiada di sekolah-sekolah yang lain. Penemuan patung Buddha yang dikatakan
berasal dari Siam dijumpai di SMATAF semasa kerja-kerja gotong royong membersih
kawasan asrama dan surau pada tahun 1993. Patung ini dikaitkan dengan zaman
pengaruh Siam di negeri Pahang pada kurun ke 14 dan awal kurun ke 15.
Maklumat yang dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan
Dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan
Mungkin di sekolah-sekolah yang lain juga terdapat sejarah silam yang penting. Ayuh kita kongsi bersama-sama.
dulu mak abah saya sekolah kt sini. abah citer abah la generasi terakhir student lelaki kat sekolah tu. ���� tak pernah dengar pun cerita pasal patung buddha tu. tq share ustaz✌
ReplyDelete