Hari ini kebanyakan pelajar tahun 6
menduduki peperiksaan UPSR. Saya mendoakan semoga para pelajar boleh menjawab
kertas peperiksaan dengan jayanya dan akan mendapat keputusan yang cemerlang.
Insya-Allah.
Antara program-program penghujung sebelum
peperiksaan ialah solat hajat atau pun rombongan? Walaupun ada yang buat
rombongan kononnya bertujuan untuk mengelakkan
pelajar stress namun bagi pendapat saya yang kuno ini lebih
elok dibuat selepas peperiksaan.
Sebelum UPSR pelbagai kelas tambahan telah
dirangka oleh guru demi untuk memastikan kejayaan anak muridnya. Ada yang buat
kelas petang, kelas malam, kelas tambahan pada hari cuti dan pelbagai lagi.
Saya terkenang semasa saya tahun 6 dahulu.
Izinkan saya membuat sedikit throwback..haha
‘Seputar Memori Silam : terkenang
ke UPSR’
-Saya tidak pernah merasa duduk dalam
darjah 5, pindah ke sekolah kebangsaan terus masuk darjah 6 mengikut umur saya.
Ketika itu belum ada peperiksaan lompat tahun.
-Pelajaran yang saya suka adalah Alam dan
Manusia, cuma pelajaran tersebut bukan keutamaan dan tidak menjadi subjek
peperiksaan dalam UPSR.
-Pelajaran yang saya jem krem adalah Bahasa
Inggeris, lukisan dan muzik, kerana itu saya tidak pernah mendapat A dalam mata
pelajaran tersebut. Saya masih ingat kegarangan
Teacher yang mengajar bahasa inggeris
dan saya selalu kena rotan disebabkan salah pada soalan yang terlalu
mudah..huhu.
-Sejak awal tahun lagi, sekolah telah mengadakan kelas tambahan
pada setiap hari sabtu untuk pelajar tahun 6. Pernah saya tidak hadir, Saya
masih ingat yang saya dipanggil ke bilik
Guru Besar bersama dengan beberapa rakan yang lain dan itulah kali pertama dan
terakhir saya masuk ke bilik Guru Besar. Kami dipanggil kerana tidak hadir ke
kelas tambahan tersebut. Akhirnya setiap seorang dirotan oleh Tuan Guru Besar.
-Pihak sekolah juga membuat kumpulan mentor
menti, beberapa orang dalam suatu kumpulan bersama dengan guru yang telah
ditetapkan. Tetapi projek mentor menti kumpulan saya tidak dapat berjalan
dengan lancar, kerana tidak berapa lama selepas itu Guru mentor saya (cikgu
Zamani) sambung belajar. Kini beliau merupakan pensyarah di IPG Lipis.
-Pada hari-hari tertentu, jadual kami
pelajar tahun 6 ditambah, jadi kami akan balik lewat sedikit pada hari-hari
tersebut. Saya rasa pukul 2 baru kami pulang.
-Cuti pertengahan tahun, Seminggu kami
berkampung di SMKT dan ABS. Saya rasa program anjuran PPD Temerloh
menghimpunkan pelajar-pelajar tahun 6 dalam daerah Temerloh. Saya ditempatkan
di SMKT (Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh). Kami dibahagikan kumpulan.
Setiap kumpulan akan belajar dalam kelas yang berasingan. Dalam kumpulan Saya,
Saya seorang sahaja dari SKTL (Sekolah
Kebangsaan Tanjung Lalang). Asalnya ada seorang lagi tetapi dia tidak dapat hadir kerana demam
campak. Namanya John Berry AL Lainon Berry. Saya merasa la duduk di asrama SMKT
seminggu, makan dalam tray dan Kelas diadakan siang dan malam.
- Masuk ke fasa berikutnya (mungkin semakin
dekat dengan peperiksaan) pihak sekolah membuat kelas tambahan pada hari malam
pula tetapi tidak semua pelajar yang terlibat. Hanya beberapa kelas sahaja dari
6 kelas yang ada. Saya terlibat sama, sama ada saya pelajar harapan?..haha atau
pun pelajar yang lemah.
-Kisah hari pertama kelas malam tersebut,
selepas habis kelas semua pelajar balik dengan berjemput. SKTL ketika itu bukan
berada dalam bandar lagi seperti sekarang. Depan, kiri dan kanan SKTL masih
hutan dan ada taman perumahan lama yang
terbengkalai di sebelah sekolah. Akhirnya tinggal saya seorang, ayah saya ketika itu ada program
jadi agak lewat datang menjemput. Henpon
(telefon bimbit) pula belum masyhur
lagi. Saya pun dihantar balik oleh Jaga Sekolah, saya masih ingat lagi dengan
menaiki motor RXS, Abang Kama bersama dengan kawannya dan saya di tengah. Naik
motor bertiga sehinggalah sampai ke rumah saya.
-Pihak sekolah juga ada sekali
menganjurkan program kelas tambahan pada hari sabtu dan ahad di Kem
Tentera Batu 3. Para pelajar bermalam di
kem dan merasa la menaiki truck askar sebagai pengangkutan dari kelas ke asrama
penginapan. Cuma saya seorang yang tidak menghadirinya..huhu
-Akhirnya pada bulan Julai, UPSR pun
bermula. Hanya 4 mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa
Melayu Penulisan, Matematik dan Bahasa Inggeris.
-Cikgu semuanya berpesan malam peperiksaan
tidur awal dan saya memang ikut betul pesanan tersebut..haha.
Tamat dahulu Seputar Memori Silam.
#Jika saya menjadi Guru Besar, Sekolah di
bawah kelolaan saya tidak ada kelas-kelas tambahan pada hari cuti, waktu
malam..haha, seronok kan..
#Permaidihati
#Permaimenulis
No comments:
Post a Comment