Pagi tadi selepas solat subuh di Masjid
Negeri 1888, saya bersama Afis meronda ke tempat yang dikatakan ada menjual
nasik lemak seringgit. Tapi kawasan
tersebut masih bergelap dan tiada sesiapa pun di situ.
Alang-alang dah sampai ke situ, kami lajak
lagi ke depan singgah makan roti banjir di Madeena Bistro.
Selepas bersarapan yang dibelanja oleh
seorang hamba Allah, semoga Allah murahkan rezeki beliau, kami lalu semula ke
tempat nasik lemak seringgit, Fullamak banyak kereta berhenti di situ. Kami pun
ambil peluang membeli sekali nasik lemak seringgit. Kata orang pukul 7.30 pagi
gerai dah tutup sebab nasik lemak dah habis. Fuhh. Alhamdulillah a khirnya pagi ini saya berkesempatan membeli nasik lemak seringgit sebungkus.
Zaman harga minyak melonjak naik, mana nak
dapat makanan murah? Tapi tak mustahil sebab masih ada yang menjual nasik lemak
seringgit sebungkus. Rasa pun sedap, hirisan telur pun ada, sambal ada, ikan
bilis goreng pun ada weh. Tabik la pada
Brader dan Sister yang berani menjual nasik lemak seringgit. Semoga
rezeki mereka melimpah ruah.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan nasik
lemak seringgit, boleh datang ke gerai jualan mereka berdekatan dengan kedai
MDL di tapak Petanque Kuala Lipis. Kena datang awal area pukul 7 pagi.
Lewat.. tak merasa lah demeh.
#PermaiMenulis
#PermaiDiHati
#CatatanImamKecil
No comments:
Post a Comment