Saya rasa sebahagian
besar dari penduduk di negara kita pernah menonton filem. Baik di rumah
sendiri, di kedai makan, di pawagam dan di mana-mana je lah..huhu..
Tenaga yang menjayakan
sesebuah filem dan drama digelar sebagai pelakon. Ada pelakon utama dan ada
yang sekadar mampu berpuas hati sebagai pelakon tambahan.
Pelakon biasanya boleh
dan dilatih untuk membawa pelbagai jenis
watak mengikut skrip. Seorang pelakon yang hebat boleh menjadi penjahat, ketua ganster, ustaz, taiko, over,
gedik..what ever apa-apa lah..boleh belaka..
Dalam sesi
wawancara, hos akan menanyakan
soalan-soalan hot pada pelakon antaranya adakah benar dia bercintan dengan
heroin filem, adakah kat luar perangai dia serupa dengan watak di dalam filem..
Jawapan standart (macam dah jadi ijmak pelakon).. Itu hanyalah lakonan
semata-mata..
Sekarang saya nak bawakan
kamu semua berkenalan dengan sejenis lagi bangsa pelakon. Pelakon bangsa ni tak
jumpa kat pawagam. Nak jumpa biasanya boleh cari kat masjid, mungkin syura
mereka memutuskan masjid tempat depa kut?
Pelakon yang dimaksudkan
ialah mereka yang datang ke masjid, surau dan tempat awam yang lain. Mereka
datang dengan maksud untuk mengutip derma. Saya tidak katakan semua pengutip
derma adalah pelakon, sebab memang ada yang betul, benar lagi sohih, dan saya juga adalah pengutip derma jugak..huhu..
Saya datangkan beberapa
contoh skrip :
Antara Cerita mereka
(pegawai masjid biasanya berpengalaman dengan skrip-skrip begini) :
Mencari kerja dekat sini,
tapi rupanya kena tipu, tak de orang yang dicari, jadi sekarang duit dah
habis..
Datang tadi tumpang lori,
datang nak ziarah ayah angkat kat kampung, dekat hospital..
Menghidap penyakit
kronik, perlu duit untuk pembedahan..
Dan banyak lagi..tak
larat nak cerita semua..haha..
Kenapa kami tahu mereka
hanya berlakon?
Pepatah ada menyebut ;
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua.
Pihak pegawai masjid pun
tak lah lurus sangat, depa pun ada juga buat siasatan, nak pulak zaman
teknologi sekarang.. sudah tentu ada link dengan masjid-masjid lain,
penguatkuasa setiap daerah dan negeri. Jadi mudah sangat nak kantoi zaman le
ning.. So berhati-hatilah pelakon di masjid. Apa kata insaf dan
bertaubatlah.
#PermaiMenulis
#PelakonMasjid
#CatatanImamKecil
No comments:
Post a Comment