Hari guru dimeriahkan dengan kunjungan
pelbagai pihak ke sekolah. Hasrat mereka semestinya untuk meraikan para guru.
Hari ini saya berkesempatan menziarahi Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Tapi
sebenarnya datang makan tengahari je dekat situ..huhu., Alang-alang dapatlah
bersua dengan para pensyarah yang kebanyakannya adalah rakan sepengajian suatu
ketika dahulu. Bahkan ada yang sebelum ini anak murid kini telah bergelar
pensyarah di situ.
Bersua dengan YH Dato' Mahmud bin Mohd Nawawi, Pengurus Besar Yayasan Pahang
Makan tengahari di Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Para Alumni Maahad Tahfiz bersama YH Dato' Hj Zulkifle bin Ali Al-Hafiz, CEO Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Dalam perjalanan pulang ke Lipis saya
mendengar rancangan Bayan Linnas di Radio Ikim. Slot bersama Sahibus Samahah
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr.
Zulkifli al-Bakri yang turut mengupas berkaitan guru dan ilmu.
Terlintas di fikiran saya, ketika Dr
Zulkifli al-Bakri bertandang ke masjid kami pada tahun 2015 seusai musim haji.
Al-Fadhil Dr. Zulkifli begitu semangat untuk mendiskusikan bukunya yang baru
terbit diberi judul Tinta Nasihat untuk penuntut Ilmu.
Saya petik dari buku tersebut : ‘Muliakan guru, kasihi dan hormati beliau
walaupun pada satu masa nanti anda akan menjadi seorang yang jauh lebih hebat
daripada mereka’.
Saya ingin mencadangkan buat penuntut ilmu
baik para guru mahupun pelajar supaya
membaca buku ini (Tinta Nasihat untuk penuntut Ilmu) sebagai pedoman. Begitu
juga kitab Ta’lim al-Muta ‘allim susunan Imam Zarnuji yang sering dibaca di
madrasah dan pondok.
Kita semua perlu menjadi guru. Walaupun
bukan sebagai guru yang khusus ( yang
memang dipanggil sebagai cikgu) , tetapi tugas mengajar perlu dilakukan.
Kita perlu ajar dan kongsikan apa yang kita tahu kepada orang lain. Insya-Allah
ilmu kita juga akan semakin berkembang.
Catatan lain berkait hari guru :
Baca :
#PermaiMenulis
#HariGuru
No comments:
Post a Comment