Sambutan hari guru disambut meriah di merata tempat. Ada sekolah yang buat
sukaneka, murid lawan guru. Ada yang buat persembahan, guru dan murid sama-sama
buat persembahan. Agaknya kalau kelas PDP (pengajaran dan pembelajaran)
berjalan seperti biasa, mau mogok para guru (yang sebenarnya guru tenang je,
murid la yang tensen). Masa ni la nak tengok cikgu pakai baju sekolah..kate di
anak murid..huhu.
Cuma untuk menjayakan sambutan hari guru,
jangan sampai ada guru atau pelajar yang tertekan dek kerana terpaksa
bertungkus lumus membuat persiapan program tersebut. Matlamat awal buat sambutan untuk menggembirakan semua pihak, tapi kalau
sampai stress lain la pulak jadinya.
Cadangan saya, sambutan hari guru dibuat
dengan santai tidak terlalu cerewet tanpa menyusahkan pihak
guru dan pelajar. Paling penting para guru gembira, murid gembira.. barulah
syok program.
Pada hari guru juga, sudah menjadi trend
yang bagi saya sangat baik untuk diteruskan, iaitu kunjungan silaturahim dari
alumni sekolah, pimpinan masyarakat ke sekolah, bersua dengan para guru. Tak
kisahlah nak bagi kek ke, nak berselfie ke..haha, yang penting kunjungan
tersebut atas maksud yang ikhlas untuk sama-sama meraikan para guru. Kembang
hati guru rasa diraikan, sambil-sambil dapat juga merasa makan kek percuma.
(gurau sahaja).
Selamat Hari Guru
Bonus : Catatan saya sebelum ini (2013)
berkaitan hari guru :
#PermaiMenulis
#SelamatHariGuru
No comments:
Post a Comment