Kalian mesti biasa dengar perkataan Moreh?
Hari ini saya nak bercerita pasal moreh.
Moreh menurut kefahaman saya ialah jamuan makan
selepas solat sunat terawih.
Ada juga yang menggunakan istilah moreh untuk
jamuan berbuka puasa.
Awalnya ketika saya mula berkhidmat di Masjid
Sultan Mahmud, saya sering terkonfius kerana moreh mengikut pengamalan orang
di sini bermaksud jamuan berbuka
puasa.
Namun lazimnya jamuan berbuka puasa kini lebih
popular dengan istilah Iftar.
Hasil carian di http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=moreh
bermaksud
kenduri di masjid atau surau dalam bulan puasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Uniknya moreh tidak berlaku dalam bulan-bulan
yang lain. Hanya bertemu dalam bulan Ramadan yang berkat ini. Hebat bukan!
Kaedah penyediaan moreh sama ada style potluck,
fuh.. Orang dulu tak reti pun istilah
tu. Depa akan pakat bawak sikit-sikit seorang kuih muih. Kaedah ini biasanya
diamalkan di kampung-kampung tradisional.
Ada juga masjid dan surau yang buat jadual
giliran penyediaan Moreh di kalangan penduduk yang berminat.
Tetapi kini, kebanyakan masjid dan surau
menggunakan khidmat katering untuk menyediakan moreh. Pihak pentadbiran masjid
dan surau hanya menguruskan dengan membuka tajaan kepada mana-mana ahli jemaah
yang berminat untuk menaja.
Tahun ini kos Moreh di Masjid Sultan Mahmud
sebanyak RM 300 semalaman. Juadahnya dua jenis kuih, sejenis kuih manis dan
sejenis kuih masin. Selain air teh o dan teh susu sebagai pembasah tekak.
Stok kuih pula tak boleh keluar sekaligus.
Sebahagian Kuih akan disediakan secara bufet di meja jamuan dekat-dekat dengan
lapan rakaat. Manakala sebahagian lagi disimpan untuk geng 20 rakaat. Huhu.
Antara kenangan saya bermoreh ketika zaman belajar di Maahad
Tahfiz :
Tahun 1 – Saya menjadi imam terawih di Surau
Kampung Chendering. Morehnya dibawa secara potluck oleh penduduk kampung. Kami
(imam-imam terawih) bersila di beranda sambil
menikmati moreh dengan senyap dan bersopan sambil memasang telinga
mendengar perbualan pakcik-pakcik.
Tahun 2- Setiap malam, kami akan bertadarus di
Istana Abdulaziz yang merupakan istana rasmi KDYTM Tengku Mahkota Pahang.
Selepas tadarus kami akan moreh di dapur istana. Pelbagai jenis lauk dan kuih
yang dimasak sendiri oleh KDYTM Tengku
Puan Pahang. Biasanya kami akan bungkus pula juadah tersebut untuk dibawa
pulang ke Maahad.
Tahun 3- Saya menjadi imam terawih Masjid Bukit
Sekilau. Selepas terawih, kami tak bermoreh di masjid, sebaliknya dibawa oleh
bilal masjid mencanai di kedai mamak. Begitulah rutin moreh kami sepanjang
ramadan. Bilal masjid tersebut ialah Ahmad Yusof, ketika itu selaku penolong
jurulatih pasukan bola sepak Pahang. Sambil menikmati tosey kami biasanya mendengar cerita-cerita dan pengalaman beliau. Sesudah mencanai, kami
dihantar pulang ke Maahad.
Jom kongsikan pengalaman anda bermoreh. Pasti menarik.
#PermaiMenulis
#Moreh
#kiram
Lawat :
No comments:
Post a Comment