Wednesday, June 14, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 22) KEJAR 10 TERAKHIR RAMADAN

Allah, cepat sungguh masa berlalu. Dah masuk 10 terakhir Ramadan.Fuh!
Sekarang Kita dah sampai ke fasa kemuncak yang paling penting.
Pecutan perlu semakin laju. Bimbang pancit awal.
Tradisi di tempat kita, Masjid hanya penuh di minggu pertama dan semakin berkurangan. Budaya apakah ini?
Perlu diberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat.
Mungkin ruang dan medium untuk sampaikan kesedaran masih tidak meluas. Berbanding iklan raya yang rakus menerjah.

Selagi hayat dikandung badan. Ayuh pertingkatkan amalan.
Usahakan supaya solat fardu dapat dilaksanakan secara berjamaah di masjid dan surau. Terutamanya solat fardu maghrib yang lebih utama berbanding solat terawih.
Jangan dek kerana hanyut dengan juadah berbuka kita akhirnya tewas.
Lazimi solat sunat muakkad yang juga lebih aula (utama) dari solat sunat terawih. Jangan kerana nak cepat selesai solat sunat terawih, kita mengabaikan solat sunat ba’diah Isyak.
Amalan yang Rasulullah SAW lakukan ketika menjelang 10 hari terakhir Ramadan ialah Iktikaf.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari yang akhir Ramadan. Kemudian diikuti oleh para isteri Baginda.” (Bukhari dan Muslim)

Insya-Allah bermula awal pagi ini sehingga akhir Ramadan, Masjid kami (Masjid Sultan Mahmud) akan menganjurkan program Qiamullail bermula jam 4 pagi. Sahur turut disediakan. Jemput semua kita kejar Ramadan yang masih berbaki. Sebelum roh terbang meninggalkan jasad.

#PermaiMenulis
#kiram

#ramadan

              : http://syababgr.blogspot.my 

No comments:

Post a Comment