Friday, June 16, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 24) IFTAR KELAB MOTOR

Hari ini majlis Iftar di Masjid Sultan Mahmud  anjuran Kelab Motor Lipis. Menariknya ada beberapa kelab bergabung sekali. Hasilnya ada Motor besar, vespa, kereta mini cooper, kereta honda dan viva.

Kelab motor Lipis merupakan yang paling awal booking tarikh untuk tajaan iftar di masjid. Sebulan sebelum puasa lagi. Punyalah bersemangat waja. Selain iftar sesama ahli group dan jemaah masjid, depa turut meraikan dan memberikan sumbangan kepada pelajar tahfiz dan anak yatim.

Kami cukup bergembira dengan program kemasyarakatan yang melibatkan institusi masjid. Pihak kami sentiasa bersedia memberikan kerjasama.

Alhamdulillah dalam program iftar ini, kami selaraskan supaya pelajar tahfiz dan anak yatim mendapat tempat (kira macam Vip la). Kerana mereka yang diraikan dan menjadi jemputan. Maka sewajarnya mereka mendapat layanan yang istimewa.

Pernah menjadi isu (bukan di tempat kami), nama program majlis iftar bersama anak yatim tetapi anak yatim terpinggir. Penganjur lebih menjaga dif kehormat. Depa pula yang mendapat meja vip, sedangkan anak yatim makanlah bersila atau mencangkung di merata-rata tempat.

Saya percaya tak jatuhnya standart dif kehormat bila mereka makan di tempat biasa  dan bagi peluang kepada anak yatim merasa duduk di tempat vip. Bahkan saham mereka lebih naik lagi sebenarnya.

Saya pernah terdengar orang bercerita yang pernah dalam suatu program bersama rakyat.  KDYMM Sultan Pahang tidak berkenan bila baginda mendapati ada rakyatnya (penerima bantuan) yang masih tak dapat makanan, tetapi set orang-orang besar selesa mendapat meja vip.

Sekarang saya perhatikan bila majlis iftar dan pemberian bantuan oleh KDYTM, baginda sendiri yang turun berjalan memberi sumbangan bantuan ke meja-meja penerima. Tak perlulah pakcik dan makcik yang uzur berjalan naik ke pentas.
Indahnya kehidupan bila menyaksikan betapa girangnya mereka (anak yatim, fakir miskin, Oku) merasa dihargai.

#PermaiMenulis
#catatanimamkecil
#kiram
#ramadan



 YDH Supt Azry Akmar bin Dato' Hj Ayob selaku Ketua Polis Daerah Lipis (berbaju putih bersebelahan saya), turut sama memeriahkan majlis. 


 Pelajar tahfiz dan anak yatim diraikan


 Kelihatan YDH Supt Azry Akmar bin Dato' Hj Ayob (Ketua Polis Daerah Lipis)  YDH Dsp Abdul Rashid bin Mat Daud Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis  dan Dr Fendi (Klinik Sulaiman ) 


Ustaz Adib (guru hafiz masjid daerah, yang juga ahli kelab), Saya dan Imam Faizal meraikan majlis Iftar.


No comments:

Post a Comment