Hari ini majlis Iftar di Masjid Sultan
Mahmud anjuran Kelab Motor Lipis.
Menariknya ada beberapa kelab bergabung sekali. Hasilnya ada Motor besar,
vespa, kereta mini cooper, kereta honda dan viva.
Kelab motor Lipis merupakan yang paling
awal booking tarikh untuk tajaan iftar di masjid. Sebulan sebelum puasa lagi.
Punyalah bersemangat waja. Selain iftar sesama ahli group dan jemaah masjid,
depa turut meraikan dan memberikan sumbangan kepada pelajar tahfiz dan anak
yatim.
Kami cukup bergembira dengan program
kemasyarakatan yang melibatkan institusi masjid. Pihak kami sentiasa bersedia
memberikan kerjasama.
Alhamdulillah dalam program iftar ini, kami
selaraskan supaya pelajar tahfiz dan anak yatim mendapat tempat (kira macam Vip
la). Kerana mereka yang diraikan dan menjadi jemputan. Maka sewajarnya mereka
mendapat layanan yang istimewa.
Pernah menjadi isu (bukan di tempat kami),
nama program majlis iftar bersama anak yatim tetapi anak yatim terpinggir.
Penganjur lebih menjaga dif kehormat. Depa pula yang mendapat meja vip,
sedangkan anak yatim makanlah bersila atau mencangkung di merata-rata tempat.
Saya percaya tak jatuhnya standart dif
kehormat bila mereka makan di tempat biasa
dan bagi peluang kepada anak yatim merasa duduk di tempat vip. Bahkan
saham mereka lebih naik lagi sebenarnya.
Saya pernah terdengar orang bercerita yang
pernah dalam suatu program bersama rakyat.
KDYMM Sultan Pahang tidak berkenan bila baginda mendapati ada rakyatnya
(penerima bantuan) yang masih tak dapat makanan, tetapi set orang-orang besar
selesa mendapat meja vip.
Sekarang saya perhatikan bila majlis iftar
dan pemberian bantuan oleh KDYTM, baginda sendiri yang turun berjalan memberi
sumbangan bantuan ke meja-meja penerima. Tak perlulah pakcik dan makcik yang
uzur berjalan naik ke pentas.
Indahnya kehidupan bila menyaksikan betapa
girangnya mereka (anak yatim, fakir miskin, Oku) merasa dihargai.
#PermaiMenulis
#catatanimamkecil
#kiram
#ramadan
Lawat : http://syababgr.blogspot.my
YDH Supt Azry Akmar bin Dato' Hj Ayob selaku Ketua Polis Daerah Lipis (berbaju putih bersebelahan saya), turut sama memeriahkan majlis.
Pelajar tahfiz dan anak yatim diraikan
Kelihatan YDH Supt Azry Akmar bin Dato' Hj Ayob (Ketua Polis Daerah Lipis) , YDH Dsp Abdul Rashid bin Mat Daud Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis dan Dr Fendi (Klinik Sulaiman )
Ustaz Adib (guru hafiz masjid daerah, yang juga ahli kelab), Saya dan Imam Faizal meraikan majlis Iftar.
No comments:
Post a Comment