Jumaat terakhir untuk Ramadan tahun ini.
Selepas jumaat terdapat beberapa ahli jemaah yang berminat untuk menukar duit
dengan duit tabung masjid. Katanya susah nak bersesak di bank. Mudah tukar duit
kecil dengan masjid. Nak tukar boleh, tapi kena kira sendiri,, huhu. Sama-sama
bantu mengira duit tabung masjid.
Sebenarnya setiap hari jumaat ada ahli
jemaah yang akan membuat tukaran duit dengan masjid. Biasanya peniaga yang
memang memerlukan duit pecah.
Cerita pasal kira duit tabung. Biasanya ada
2-3 ahli jemaah tetap yang akan sama-sama bantu mengira dan menyusun duit
tabung. Pastinya akhirnya nanti pihak bank akan kira juga dengan menggunakan
mesin mereka.
Tadi, sambil-sambil ahli jemaah bantu. Ada
juga yang mencadangkan supaya masjid beli mesin kira duit. Huhu. Setakat ini
masjid dah ada mesin kira duit syiling yang dihadiahkan oleh Tabung Haji Lipis.
Depa dapat mesin baru, jadi yang lamanya bagi ke masjid.
Mana tahu lepas ni, ada mana-mana bank yang
nak hadiahkan mesin kira duit kertas pula. Hehe.
Kenangan semasa belajar di Maahad Tahfiz
dulu, ada masanya kami akan membantu mengira duit tabung Masjid Negeri. Sudah
tentu jumlahnya jauh lebih besar dari yang diperolehi oleh Masjid Daerah Lipis.
Pukul 3 masih tak siap susun lagi duit.
Makan tengahari tu, memang masjid dah taja.
Biasanya nasi beriani la juadahnya.
Hari Jumaat terakhir Ramadan lebih ramai
permintaan untuk menukar duit berbanding jumaat yang lain. Sebab nak buat duit
raya.
Ada yang tukar Rm1, RM 5 dan RM 10. Syiling
tak de yang nak. Sebab katanya budak-budak sekarang tak pandang dah syiling.
Dapat RM 1 pun dah cebik mulut.
Pihak Masjid sentiasa mempelawa sesiapa yang berminat untuk
menukar duit kecil. Syaratnya minta hari jumaat dan tolong bantu kira.
Berkenaan cerita pasal duit raya
insya-Allah dalam siri yang lain kita akan tuliskan. Haha.
#PermaiMenulis
#jumaat
#ramadan
No comments:
Post a Comment