Khatib jumaat siang tadi merupakan khatib
jemputan. Irfan bin Aidil merupakan pelajar tingkatan 6 SMA Padang Tengku.
Dua minggu lepas, Khatib jumaat juga
merupakan khatib jemputan. Umair bin Dato’ Faizul, pelajar Maahad As Syatibi
Kedah.
Masjid kami biasa je menjemput khatib lain
selain dari pegawai masjid sedia ada.
Antara yang pernah membaca khutbah di
Masjid Daerah Lipis seperti YH Dato’ Abu
Jamal bin Nordin, mantan Pegawai Daerah Lipis. YH Dato’ Mohamad Noor bin Abd
Rani, mantan Pegawai Daerah Lipis, Kini
sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. YH Dato’ Ahmad bin Daud, mantan Pegawai Daerah Lipis, Kini
telah bersara. Ustaz dari BAKA, Ustaz dari
KAGAT dan ramai lagi.
Pihak masjid sentiasa membuka peluang dan
ruang terutama kepada generasi pelapis untuk belajar naik ke atas mimbar untuk
menyampaikan khutbah. Kerana bukan semua yang bergelar para Ustaz berani tampil
naik ke atas mimbar. Itu pun bukannya
berkhutbah, hanya naik membaca teks khutbah yang telah disediakan.
Jika tidak dilatih dari rebung, bila dah
dewasa semakin sukar. Mulalah beri alasan
‘saya tak biasa’ , ‘ saya tak bersedia’.
Saya sangat menyokong program yang
dilaksanakan di SMA Padang Tengku, yang
melatih para pelajarnya menyampaikan khutbah jumaat (real bukan olok-olok) di
Masjid Padang Tengku.
Di kesempatan ini, saya mencadangkan supaya
masjid-masjid lain juga melatih dan memberi peluang generasi muda tampil naik
berkhutbah.
Realiti yang berlaku di kebanyakan masjid
kampung tradisi, ialah hampir tiada generasi muda yang mengisi kekosongan di masjid. Kebanyakan masjid yang
hanya ada seorang tok imam, itu pun dah uzur. Hanya ada seorang bilal.
Bila sesi temuduga pegawai masjid, biasanya
yang hadir sudah berusia dan katanya terpaksa hadir sebab dah tiada orang lain
yang sanggup. Kebanyakan mereka yang hadir temuduga bukannya lepasan pelajar
agama yang bergelar Ustaz. Sehingga ada di kalangan mereka yang menyelar
golongan agamawan yang sebahagiannya
selesa berkhidmat di sekolah atau pun berceramah ke merata tempat,
tetapi masjid dan surau di tempat sendiri dibiarkan.
Moh kita renung bersama.
Irfan bin Aidil
Umair bin Dato' Faizul
#PermaiMenulis
#catatanimamkecil
No comments:
Post a Comment