Nasik Lemak antara kegemaran saya. Rupanya
dah lebih sebulan tak berjumpa dengan nasik lemak.
Pergi beraya jumpa pulak nasik lemak.
Buat-buat tak pandang laksa fokus ke nasik lemak je. Haha.
Ketika darjah satu. Hampir setiap hari saya
makan nasik lemak bungkus daun pisang di kantin. Menariknya nasik lemak
tersebut percuma. Tak perlu bayar di kantin. Ambil sahaja. Semua pelajar di
sekolah tersebut dapat percuma. Jangan tanya sebab apa. Sebab masa tu saya
darjah satu. Terlalu kecil untuk memahami rentak pentadbiran. Huhu.
Air
saya bawa bekal. Duit belanja memang tak berusik. Kadang-kadang sahaja
saya beli keropok di kantin. Atau aiskrim batang di rumah cikgu.
Kalau tak beli apa-apa, duit belanja saya
serahkan pada guru kelas untuk disimpankan. Cikgu akan catatkan di buku
notanya. Nanti beliau akan masukkan di pejabat pos atau Bank Simpanan Nasional.
Atau pun van pejabat pos datang ke sekolah. Pelajar lain dalam kelas saya pun
sama macam saya. Duit belanja saya ketika itu hanya dua puluh sen setiap hari.
Masuk darjah dua, saya bertukar sekolah.
Tiada lagi nasik lemak percuma. Kena beli di kantin dengan harga tiga puluh sen
sepinggan. Saya jarang beli, sebab bawa bekal dari rumah. Duit belanja saya
ketika itu naik sikit, tiga puluh sen setiap hari. Cukup-cukup buat beli nasik
lemak.
Darjah enam, saya bertukar sekolah. Nasik
lemak di kantin lima puluh sen untuk yang biasa. Kalau letak sebiji telur rebus
harganya jadi tujuh puluh sen sepinggan. Selalunya saya bawa bekal dari rumah.
Jadi tak setiap hari saya membeli nasik lemak di kantin. Seingatnya. Saya tak
pernah beli nasik lemak yang tujuh puluh sen tuh. Sebabnya duit belanja saya
hanya 50 sen sehari.
Tingkatan 1, nasik lemak kantin RM 1
sepinggan. Cukup-cukup dengan duit belanja saya RM 1 sehari. Tak setiap hari
juga belinya, sebab tak setiap hari saya berkunjung ke kantin.
Cerita nasik lemak bukan setakat di kantin
sekolah. Semasa saya duduk di asrama sewaktu
tingkatan 4 dan 5. Malam-malam beli nasik lemak dekat kedai makan
seberang sekolah. Kami berderet menunggu dekat pintu pagar. Waiter akan ambil
oder dekat pintu pagar dan menghantar pesanan kami. RM 1.20 untuk sebungkus
nasik lemak. Itulah juadah yang mampu buat saya. Tak lepas lagi nak beli nasik
goreng pataya. Kenal pun tak lagi. Haha.
Ketika belajar di Mesir, kadang-kadang saya
masak juga nasik lemak versi saya. Tak perlu pun tengok buku resepi atau
toturial mana-mana. Redah je buat. Yang penting ada nasi, ada sambal, ada telur
dan timun.
Kini, saya tidak lagi memasak nasik lemak.
Hanya mencari dan mencuba di kedai-kedai makan.
Sempena mood raya ni. Ada yang nak menjamu
saya makan nasik lemak ?
#PermaiMenulis
#Nasilemak
No comments:
Post a Comment