Soalnya siapa driver ?
Kereta dah buatan bagus dan berkualiti. CC pun dah besar.
Tentu persepsi kita drivernya pun power.
Tapi kalau bawak ferrari kat highway boleh kalah dengan Axia apatah lagi Myvi.
Sang driver Kena muhasabah.
Itu belum kisah seperti :
Tak boleh memandu jauh.
Hari malam tak boleh sebab silau.
Masa hujan tak boleh.
Kat bandar besar yang sibuk tak boleh.
Tak boleh kat jalan kecil sebab tak reti nak agak.
Tak boleh driver berhari-hari sebab setiap hari kena balik rumah.
Tak reti nak tengok waze.
Tapi ada hati nak mohon kerja jadi driver kat kompeni.
Agak-agak kompeni terima ke ?
Kalau ada kompeni yang terima.
Ada masalah lah kompeni tersebut.
Jika kompeni memang memilih driver yang penuh kekangan.
Lepas tu bising kemudian hari dengan masalah-masalah yang timbul.
Dah kenapa beria sangat pilih driver yang memang dah problem.
Kereta apa tak penting.
Lebih penting siapa driver.
* takziah buat keluarga Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain. Mangsa ditemui bersama kereta Nissan Grand Livina terbenam di dasar Sungai Api-Api, Nenasi, Pekan setelah hilang 29 Oktober tahun lepas selepas bertolak jam 1 pagi dari Pasir Gudang ke tempat kerja di Kemaman.
Kami sangat memahami situasi memandu pada malam hari di jalan yang sunyi. Banyak lagi keadaan jalan raya yang “merbahaya terutama di waktu malam”. Jika pemandu letih dan mengantuk, tiada tempat yang selamat untuk berhenti berehat.
Cadangan kami agar lampu jalan di pasang di tepi jalan terutama di tempat yang sunyi.
Pihak yang berkenaan termasuk Pertubuhan Kebajikan, JKK, ajk Masjid Surau boleh usahakan membina tempat RnR di 'jalan biasa' yang bukan highway.
#PermaiMenulis
#Driver
* Gambar ketika menjadi penumpang
No comments:
Post a Comment