Tuesday, June 20, 2023

𝘾𝒂𝙩𝒂𝙩𝒂𝙣 𝙆𝒆-𝒅𝙪𝒂 - 𝑩𝙚𝒌𝙖𝒍 𝑴𝙖𝒌𝙖𝒏𝙖𝒏

 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗡𝗮𝗶𝗸 𝗞𝗮𝗽𝗮𝗹 𝗟𝗮𝘂𝘁.


𝘾𝒂𝙩𝒂𝙩𝒂𝙣 𝙆𝒆-𝒅𝙪𝒂 - 𝑩𝙚𝒌𝙖𝒍 𝑴𝙖𝒌𝙖𝒏𝙖𝒏
#mekahmadinahdihati
#zulhijah

26 Disember 2005 : Selepas solat Isyak, Dewan Perwakilan Maqaz (DPM) Shoubra mengadakan majlis meraikan bakal jemaah haji peringkat Shoubra yang diadakan di markaz DPM.
DPM merupakan persatuan pelajar Malaysia di Shoubra.
Selesai program, saya pulang ke rumah.
Malam itu seluruh ahli bait kami (room mate) membantu menyediakan bekalan makanan untuk sepanjang perjalanan di atas kapal.
Langkah pertama : Memasak nasi dan lauk. Lauk hanyalah ayam goreng (beli peha ayam kuki yang dah siap bertepung dan berempah, hanya tinggal goreng sahaja).

Langkah kedua : Makanan yang telah siap dimasak. Kena sejukkan dulu. Nasi letak dalam talam dan sejukkan depan kipas. Huhu.
Makanan perlu disejukkan dahulu untuk mengelakkan cepat basi.

Langkah ketiga : Setelah sejuk, barulah dibungkus dengan foil (kerajang) Aluminium.

Saya bawa dua buah beg yang sederhana besar. Satu untuk beg pakaian dan satu lagi diisi dengan bekalan makanan.

Beria betul..kan, siapkan bekalan makanan. Sampai ada tiga langkah. Kenapanya weh ?

Sebabnya sebagai bekalan untuk dimakan dalam kapal nanti. Stok bekalan kenalah cukup untuk tiga hari perjalanan.

Dah tak ada orang menjual makanan ke kat atas kapal ?

Ada bukannya tiada. Tapi harganya mahal. Kami dinasihatkan untuk membawa bekalan makanan sendiri sebagai langkah berjimat.

Mujur sahabat-sahabat ahli bait (serumah) banyak membantu saya dalam menyiapkan bekalan tersebut.

Kalau harapkan ke saya seorang. Alamatnya selamba rock je lah bantai makan nasik arab kat café pak arab di atas kapal.

Contoh Hiasan : Makanan yang dibungkus dengan Foil Aluminium


#SiriPergiHajiNaikKapalLaut
#PermaiMenulis
#MekahMadinahDiHati
#SeputarMemoriSilam

No comments: