Friday, July 14, 2023

Tokoh Kepimpinan Pendidikan Pahang






Semalam Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mengadakan Program Bicara Profesional.
Dalam program tersebut diselitkan beberapa anugerah tokoh.
Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Pahang 2023 diberikan kepada Dato' Dr Hj Tajuddin bin Mohd Yunus. Tahniah diucapkan.
Beliau pernah menjawat Pengarah JPN Pahang sebelum menjadi Pengarah IAB.

Cerita arwah ayah saya :
Beliau merupakan sahabat lama ayah. Sama-sama jadi guru mengajar di Sek.Men.Keb. Temerloh.
Semasa ayah menjadi Pengetua di Hulu Selangor, Dr Tajudin yang semasa itu menjadi Ketua unit / Sektor di JPN Pahang, pelawa untuk ayah balik ke Pahang. Atas jasa beliau, dapatlah ayah saya kembali bertugas di Pahang. Sebagai Pengetua di SMK Rompin dan akhirnya pengetua di SMK Bahaman Lanchang dan bersara pada umur 56 tahun pada tahun 2011.
Vid Memoir Pengetua : https://youtu.be/rkntnszrqvA

* Rakan saya bertugas berjauhan dengan keluarga. Mohon Eg tukar tak dapat, beliau berjumpa dengan Dr Tajudin yang semasa itu sebagai Timbalan Pengarah JPN. Alhamdulillah dapat bertukar dekat dengan keluarga.

*Semasa Dr Tajudin menjadi Pengarah IAB, beliau banyak membantu JAIP, kini IAB antara rakan strategik JAIP, membantu dalam memberi latihan kepada para guru Sman dan coach dalam penyediaan Pelan Strategik.

*Pandanganku, semasa kita ada power. Bantulah orang dan mereka yang memerlukan. Tak rugi apa pun bahkan kita akan diingati dan dihargai.

Jangan dikenang dengan keburukan. Kan.

Sekian.

#guru #PermaiMenulis #cerita #motivasi

No comments: