Manusia yang cemerlang ialah sentiasa mahukan hari ini lebih baik dari hari semalam.
Untuk menjadi lebih baik dan terbaik, ada masanya kita perlu melakukan perubahan.
Logiknya perubahan ke arah kebaikan sepatutnya mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Namun, perjalanan untuk membuat perubahan bukanlah sesenang seperti yang disangka.
Ada yang berasa tidak senang duduk bila melihat orang membuat perubahan.
Nak pula, bila dah terlalu selesa, ada yang tidak mahu untuk buat perubahan.
Malah, berasa tak suka kepada mereka yang berubah.
Contoh,
Masa bos lama kerja tak banyak. Masuk bos baharu yang membawa gagasan dan visi misi, cara kerja mungkin berubah. Maka adalah yang tidak suka. Sebab dah selesa dengan cara kerja lama.
Perubahan itu perlu walaupun pada awalnya menyakitkan.
Demi masa hadapan yang gemilang.
Seperti,
Dahulunya kerja menaip menggunakan mesin taip (typewriter), kemudian berubah kepada komputer, seterusnya laptop dan sekarang dengan pelbagai jenis gadjet.
Dulu, Hantar surat / memo guna mesin fax, pos. Sekarang emel, whatsapp. Akan datang ?
Secebis pengalaman saya, sebelum ini bekerja di Masjid. Kemudiannya di pejabat. Banyak perubahan yang dilalui dan kena move dengan pantas, supaya kekal stabil di track.
Semasa hendak berubah, mesti ada yang merasa berat, sukar dan tidak gembira. Namun lama kelamaan bila dah capai dan nampak hasilnya. Situasinya berubah.
Berubahlah..
Akhirnya, mereka yang tidak mahu berubah akan ketinggalan juga.
#perubahan #Media #jaip #dakwah #PermaiMenulis
No comments:
Post a Comment