Piala dunia telah hampir sampai kemuncaknya yang menyaksikan beberapa gergasi bola sepak tewas awal seperti Brazil dan England. Semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangannya. Terasa suatu kerugian yang besar jika terlepas menyaksikan sesuatu perlawanan walaupun terpaksa berjaga malam. Namun demi piala dunia tidak mengapa biarpun terpaksa menahan mengantuk di tempat kerja di keesokan harinya. Jangan kerana disebabkan Piala Dunia kita terleka dan terlalai. Memang Pengaruh Piala Dunia begitu hebat sehingga di waktu ini masyarakat tidak memikirkan apa-apa pun selain membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan sukan bola sepak yang berpetrij itu. Sehinggakan beberapa agenda harian kita pun diatur mengikut jadual perlawanan. Ada juga artis yang menangguh penerbitan album terbarunya sehingga selepas selesainya kejohanan piala dunia ini kerana dibimbangi tidak mendapat sambutan kerana masyarakat berada dalam aura sukan bola sepak itu.
Tidaklah menjadi suatu kesalahan untuk mengikuti perkembangannya namun di sebalik kemeriahan Piala dunia jangan kita terleka untuk mengambil tahu nasib saudara-saudara kita di Palestin yang semakin ditekan akhir-akhir ini. Di sebalik kemeriahan piala dunia kita tidak mengetahui saudara-saudara kita di Palestin diserang dengan begitu hebat oleh laknatullah Israel. Diberitakan serangan ini merupakan yang terkejam yang pernah dilancarkan oleh laknatullah Israel yang menyaksikan pejabat-pejabat kementerian dimusnahkan dan penawanan sejumlah besar ahli-ahli parlimen Palestin. Kita perlu sensitif dengan perkara ini. Ianya bukanlah suatu perkara yang kecil namun merupakan perkara yang cukup penting dan terlalu besar. Mungkin kita akan berkata apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka, kita tidak mampu tapi takkanlah untuk berdoa dan memberi sumbangan berbentuk material untuk mereka pun tidak boleh. Hadis Nabi yang bermaksud : "Barang siapa yang tidak mengambil tahu dengan hal ehwal umat Islam bukanlah dari golonganKu"
Kalau kita meneliti sejarah-sejarah silam memang kita mendapati Palestin merupakan negara yang bergolak sejak dahulu kala sehinggalah sekarang dan tidak diketahui sampai bila ia akan terus bergolak. Persoalan yang boleh ditimbulkan kenapa Palestin sentiasa bergolak. Salehuddin Al Ayubi pernah menggambarkan bahawa Palestin ini merupakan ibu dunia. Sesiapa yang menguasai Palestin bermakna ia menguasai dunia.
Kita perlu ingat bahawa di Palestin terdapat Bait al Maqdis yang merupakan kiblat pertama umat Islam dan juga tanah suci yang ketiga selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan merupakan tempat tinggal kebanyakan para anbiya' yang terdahulu.
Maka menjadi kewajipan seluruh umat Islam untuk bangkit menjaga kehormatan dan kedaulatan Bait al Maqdis. Mudahan kita sentiasa sedar dan sensitif dan bangkit. Wajibkan diri kita untuk berdoa memohon ke hadrat Allah untuk terus menjaga Palestin, memberi kemenangan kepada umat Islam dan kehinaan kepada kaum kuffar.
InsyaAllah Islam akan menang...AllahuAkbar.

No comments:
Post a Comment