Kebiasaan di majlis-majlis rasmi terselit dalam atur cara bacaan doa. Sangat baik dimulakan majlis dengan bacaan doa memohon keberkatan dari Allah SWT. Di antara adat ketika bacaan doa dalam majlis rasmi yang sudah seperti menjadi suatu protokol dan ketetapan ialah doa mesti dibacakan dalam bahasa melayu supaya semua sidang hadirin dapat faham. Jika saya yang membaca doa, style saya doa pendek sahaja, hanya satu lebaran sahaja.
Cuma antara perkara yang kami si pembaca doa selalu alami seperti, sebelum baca doa beria penganjur follow up, tetapi selesai sahaja baca doa, pandai-pandailah bawa diri. Nak pula kalau program tersebut anjuran Jabatan lain dan kita tiada kaitan dengan program tersebut hanya sebagai pembaca doa di awal acara sahaja. Bayangkan selama beberapa jam selepas itu kita harus bersabar duduk di dalam majlis tersebut. Selepas acara pula, jarang sekali tempat makan kita disediakan, walaupun kita juga sebagai jemputan, ikutkan tak nak juga kita hadir ke program-program tersebut yang tiada kaitan dengan kita.
Geng Pejabat Agama Islam Daerah Lipis di Kaunter |
Baru ini saya membaca doa di majlis Mesra anjuran Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri. Semua Jabatan mengambil bahagian dengan membuka kaunter. Dalam program tersebut, Orang awam boleh mengadukan permasalahan mereka. Dalam sesi lebih kurang sejam tersebut, hampir keseluruhan aduan adalah berkaitan dengan masalah pembekalan air di Lipis yang sangat mendukacitakan.
No comments:
Post a Comment