Nak menulis untuk update BLOG ini bukanlah
suatu perkara yang mudah. Mungkin bagi orang lain mudah, walaupun mudah tetapi kini dapatan blog yang masih
aktif semakin merosot terutama selepas
muncul banyaknya media sosial lain
seperti Facebook.
Zaman saya mula berkecimpung sebagai
Blogger, masa itu semua kawan-kawan pakat buat blog belaka. Saya masih ingat
ketika itu rumah kami di Khoulusi (Shoubra, Mesir) tiada internet. Untuk update blog,
chek emel dan YM kami harus pergi ke Cyber CafΓ© (CC) yang jaraknya boleh tahan
juga la dengan berjalan kaki. Saya rasa kesemua CC yang berada di area Shoubra
telah saya jejaki.
Ada beberapa alasan saya berkaitan
kesukaran untuk Update Blog :
Idea biasa datang semasa saya sedang
memandu (long distance), waktu tersebut memang mustahil untuk saya curahkan idea tersebut dalam bentuk tulisan. Kemudian bila waktu yang lapang
untuk saya menulis idea tersebut dah hilang.
Idea juga selalu muncul ketika saya tidak
bersama laptop, ialah tak kan setiap masa nak gelek laptop ke mana-mana. Dewasa
ini pun jarang orang bawa laptop
melainkan student IPT. Geng-geng otai ni pakat tulis dalam Ipad, Tab atau HP
sahaja.
Saya pernah terfikir untuk membeli Ipad
atau Samsung Tab kononnya untuk memudahkan saya menulis. Tetapi buat masa ini
saya rasa tidak berbaloi. Sebenarnya saya telah ada Asus yang sebesar Samsung
Tab tapi membebankan untuk dibawa ke mana-mana, berat dan respon sangat lambat.
Lalu di samping menggunakan laptop (bagi
saya, ini paling best setakat ni), ada masanya saya mencoret juga sikit-sikit
di HP saya yang tak seberapa itu.
Di ruangan ini suka saya nukilkan beberapa
orang yang selalu menulis buat motivasi kita semua :
YB Ustaz Nik Abduh : sedutan
dari ucapan beliau “Tetapi tuan-tuan semua, Allah Taala mengurniakan
walaupun bukan kepetahan bercakap dan ayah saya puji saya. Tiada pujian yang
saya suka selain pujian seorang ayah yang tak pernah memuji anaknya, seorang
tok guru yang tak pernah memuji, bila dia memuji rasa nak melompat.
“Dia puji tulisan saya,
Allah Taala bagi kelebihan saya tak boleh bercakap macam ayah, tapi saya yakin
Allah kurniakan saya aqal seperti ayah untuk memimpin Dewan Pemuda insya-Allah.
Saya akan memimpin dengan aqal saya bukan mulut saya dan saya akan terjemahkan
kepimpinan saya melalui tulisan saya'.
YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi :
Beliau sentiasa menghadap laptop bagi
menyelesaikan tulisannya. Sesibuk mana pun, mesti ada waktu untuk beliau
berkarya melalui penulisan.
Buku karya Cikgu Hasanuddin |
Cikgu Hasanuddin Md Isa :
Beliau yang merupakan pengetua SMAN Pahang (SMA Al-Falah Batu Talam, Raub)
sentiasa berkarya. Saya petik catatan tulisan di FB nya : "Anakku 'Aisyah Syahirah' tiba-tiba mengirimkan sekeping
gambar. Ya, itu sejumlah novel bapa disusun di perpustakaan. Aku tahu dia
terasa teruja dengan kehadiran novel bapa di rak itu.
Sebenarnya bukan
setakat itu sahaja barisan karya bapa. Ada lebih 30 buah karya lain yang sudah
dihadamkan isinya oleh khalayak pembaca. Bapa telah menulis sejak tahun 1986.
Sudah lama. Sudah menjangkau lebih suku abad. Dan sekarang bapa masih menulis.
Semalas-malas bapa akan mencatat di wall FB ini untuk renungan diri.
Serajin-rajinnya bapa akan menyengkang mata ke tengah malam atau bangun awal
pagi untuk menyudahkan karya. Tidak pernah bapa jemu dan penat untuk
mencurahkan fikiran walaupun dari segi perolehan kewangan dan anugerahnya tidak
seberapa.
Bapa berfikiran
menulis itu mencambahkan kebijaksanaan dan kesolehan bukan untuk diri bapa
sahaja tetapi untuk kehidupan khalayak pembaca juga.
Bapa akan terus menulis
selagi upaya dalam kewarasan akal. Tatapilah karya bapa itu nanti. Itulah
setakat daya keintelektualan bapamu".
Meja kerja Ustaz Karim di Kulliah |
Ustaz Abd Karim Sidek :
Beliau merupakan guru di Kulliah Sultan Abu Bakar Pekan sentiasa berdampingan
dengan laptopnya dan aktif menulis terutama di FB nya. Tulisannya yang mengulas
pelbagai isu diselit dengan pengalaman diri sangat menarik untuk dibaca.
Begitulah serba sedikit mereka yang
menulis. Bagaimana pula dengan kita?
Apapun alasan yang saya berikan, saya
tetap berusaha untuk terus menulis walaupun gaya bahasa yang tunggang langgang,
atau tulisan label cap ayam sahaja. Saya akan pastikan blog saya ini diupdate
walaupun ada masanya krik-krik. Doakan
saya.
Wassalamu
2 comments:
πππ
ππ»ππ»ππ»sangat terinspirasi
Post a Comment