Sekarang adalah musim rama-rama? Saya katakan begitu kerana di Masjid kami sekarang dipenuhi dengan rama-rama. Cuma rama-rama yang datang ke masjid ini satu jenis sahaja. Rama-rama warna gelap, tiada yang berwarna cerah dan berwarna warni.
Allah berfirman dengan maksud :
“ Perhatikan dan fikirkanlah tentang apa yang ada di langit dan bumi daripada segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya”
(Yunus : 101)
No comments:
Post a Comment