Bukanlah syarat masjid mesti ada kubah. Cuma kebiasaan Kubah orang akan kaitkan dengan masjid. Sama juga halnya dengan bulan sabit. Tetapi jangan kita sangka masjid sahaja yang mempunyai kubah. Gereja juga ada yang mempunyai kubah, stadium , kubur seperti Taj Mahal dan bangunan-bangunan yang lain.
Disebabkan kubah di masjid Daerah Lipis sudah lama. Kelihatan karatnya di sana sini dan berlaku kebocoran ke dalam ruang solat bila hujan. Maka sudah sampai masanya kubah yang lama diganti.
Proses penggantian kubah gayanya memakan masa juga, kerana proses pemasangannya yang rumit. Tetapi jika ada duit semua boleh ejas. Sama-sama kita nantikan wajah kubah dan rupa masjid daerah Lipis yang baru.
No comments:
Post a Comment