Allah, cepat sungguh
masa berlalu. Dah masuk 10 terakhir Ramadan.Fuh!
Sekarang Kita dah
sampai ke fasa kemuncak yang paling penting.
Pecutan perlu semakin
laju. Bimbang pancit awal.
Tradisi di tempat
kita, Masjid hanya penuh di minggu pertama dan semakin berkurangan. Budaya
apakah ini?
Perlu diberi
kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat.
Mungkin ruang dan
medium untuk sampaikan kesedaran masih tidak meluas. Berbanding iklan raya yang
rakus menerjah.
Selagi hayat
dikandung badan. Ayuh pertingkatkan amalan.
Usahakan supaya solat
fardu dapat dilaksanakan secara berjamaah di masjid dan surau. Terutamanya
solat fardu maghrib yang lebih utama berbanding solat terawih.
Jangan dek kerana
hanyut dengan juadah berbuka kita akhirnya tewas.
Lazimi solat sunat
muakkad yang juga lebih aula (utama) dari solat sunat terawih. Jangan kerana nak cepat
selesai solat sunat terawih, kita mengabaikan solat sunat ba’diah Isyak.
Amalan yang
Rasulullah SAW lakukan ketika menjelang 10 hari terakhir Ramadan ialah Iktikaf.
Hadis Rasulullah SAW
yang bermaksud : “Sesungguhnya Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari yang akhir
Ramadan. Kemudian diikuti oleh para isteri Baginda.” (Bukhari dan Muslim)
Insya-Allah bermula
awal pagi ini sehingga akhir Ramadan, Masjid kami (Masjid Sultan Mahmud) akan menganjurkan
program Qiamullail bermula jam 4 pagi. Sahur turut disediakan. Jemput semua
kita kejar Ramadan yang masih berbaki. Sebelum roh terbang meninggalkan jasad.
#PermaiMenulis
#kiram
#ramadan
No comments:
Post a Comment