Saturday, May 11, 2013

JOM Semarakkan Agenda Tarbiah..


Kelihatan beberapa orang anak muda sedang berkumpul di meja sebuah kedai makan. Sambil menjamu selera sudah pasti masa diisi dengan pelbagai topik perbincangan. Rancak berbincang dan berbual sehinggakan seperti tidak tersedar waktu sudah semakin larut malam sedangkan esok pagi hari bekerja tetapi perkara itu tidak menjadi halangan, perbualan hangat menyebabkan mata menjadi segar.

Dalam kumpulan itu, kelihatan jelas 5-6 orang anak muda yang berketayap putih  lengkap berjubah pelbagai warna. Masing-masing berpendidikan agama dan lumrahnya  masyarakat menggelarkan dengan gelaran Ustaz, walaupun usia masih muda. Sang pemerhati berasa gembira dengan suasana ini.

Terselit di dalam kumpulan itu juga beberapa orang yang berpakaian tidak berjubah, ada yang bertshirt dan berbaju melayu, namun perkara itu tidak memelikkan langsung bagi orang yang melihat..biasa sahaja.

Tiba-tiba kelihatan gumpalan asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari kumpulan anak muda yang majoritinya berjubah itu..Terkejut sang pemerhati, difokuskannya penglihatan ke kumpulan tersebut..oh rupanya dua orang dari beberapa orang yang tidak berjubah itu menjalankan aktiviti rutin mereka selepas makan iaitu merokok. Asap yang keluar dari cerobong hidung tidak henti-henti, rupanya bukan sekadar sebatang sahaja, dua tiga batang baru puas.. Asap rokok tersebut turut tersebar ke meja sekitar setelah puas meresap ke jubah-jubah ustaz muda tersebut.

Sang pemerhati mula berfikir, lalu membuat beberapa kesimpulan pantas : 
-adakah si perokok tegar tidak menghormati 5-6 orang Ustaz yang berada di sebelah menyebelah mereka?
-Tak kan dalam ramai yang berjubah tersebut tiada yang menceritakan tentang hukum hakam agama khususnya fatwa agama berkaitan rokok..lalu mereka berbual dan bergelak duniawi sematakah?
-Ustaz-ustaz yang berjubah tersebut bila lalu di tempat lain, bau badan dan baju mereka akan berbau rokok…adakah mereka tidak kisah jika ianya boleh menimbulkan salah sangka  pandangan serong masyarakat yang sangat hormatkan mereka.
-Adakah dalam meraikan sahabat-sahabat yang merokok, masing-masing mengambil keputusan untuk berdiam diri tidak menegur berkait hal tersebut, kerana bimbangkan sahabat-sahabat berasa hati lalu meninggalkan kumpulan mereka?
-Adakah kumpulan anak muda ini mempunyai matlamat yang sangat besar untuk diperjuangkan sehinggakan hal-hal seperti ini dibiarkan dahulu..sehingga sampai masa yang sesuai?

Akhirnya si pemerhati meninggalkan kumpulan anak muda tersebut…

Kesimpulan :
Beginilah realiti sebenar dalam Jemaah Islam..Tugas untuk membaiki ahli yang lain sebenarnya sangat penting dan tidak boleh terabai. Kadangkala kita sering ternampak salah laku musuh dan kita berjuang untuk menentang musuh kita..tetapi mengambil mudah tentang pembinaan ahli-ahli dan sahabat kita yang lain.. Ye cukup seronok berjuang menentang musuh tetapi sangat mencabar untuk membaiki sahabat seperjuangan..
Ayuh sahabat sekalian…kita semarakkan agenda TARBIAH.. Islah diri sambil serukan dakwah kepada manusia lain..
Mungkin Allah tunda kemenangan Islam disebabkan jundi-jundinya masih jauh dengan amal Islami…Kita perbaiki diri, sahabat seperjuangan, serta teruskan perjuangan menentang kebatilan di atas muka bumi ini.

Wasalam…
Ps : mohon maaf jika ada yang terasa…memang ditujukan kepada orang yang masih hidup..

Bersama ini disertakan rujukan berkaitan hukum merokok :
Rujukan :




No comments: