Friday, May 24, 2013

Makan mampu bina Ukhwah ?


Dalam kitab Syamail Muhammadiyyah susunan Imam Tirmizi, ada bab yang membicarakan tentang makanan Rasulullah iaitu I’sy (roti). Hadis berkenaan juga menceritakan yang Rasulullah s.a.w tidak pernah kekenyangan melainkan baginda  mengajak para sahabatnya untuk makan bersama.

Cukup seronok dapat makan bersama sahabat handai. Sehinggakan apabila bicara pasal ukhwah  ada yang memberi tip antara untuk mempereratkan ukhwah ialah dengan cara kita makan berjemaah. Maka ada yang makan setalam dengan sahabatnya, ada yang buat program bertemakan makan berukhwah dengan cara suapan pertama ke mulut rakan sebelum ke mulut sendiri dan pelbagai lagi.

Saya pernah berjumpa dengan anak muda yang tinggal di bandar  menyatakan tidak seronok untuk tinggal di kampung halaman sendiri kerana tidak mempunyai teman untuk diajak minum. Walaupun itu hanya alasannya di samping mungkin ada sebab sebenar yang tersendiri, tetapi mungkin juga katanya betul.. tidak seronok sebab tiada rakan yang boleh diajak keluar minum.   

Apabila kita berprogram dengan rakan, baik di seminar, kursus dan mesyuarat kita masih belum sempat untuk beramah mesra dengan sahabat. Masa yang sesuai dan praktikal sudah tentu semasa kita makan bersama.

Sudah tentu masing-masing ada memori terakam di minda kenangan manis makan bersama sahabat handai…walaupun mungkin ada ketikanya seseorang  insan merasa lebih tenang jika makan bersendirian. 

antara kenanganKu yang terakam dalam gambar : 

 hidangan 'isy (roti) meraikan kehadiran sahabat di Khulusi

 menjamu nasi arab penuh pinggan ketika di Madinah 

 makan se plastik di homestay Madinah

 berkongsi  bekal dalam bilik ketika berlayar ke Mekah

 mengeteh dengan berihram di atas kapal..

 berbuka puasa di Masjid Amru 

 makan malam setalam di Sinai 




 sarapan pagi  di Sinai


 makan tengahari dengan sahabat Selangor di Fayyoum

 Makan malam di 'Abut

Makan petang di Alex

 jamuan pagi di Maahad tahfiz pekan

 Berkhemah, tapi makan atas meja

Berbubur kacang di Ulu Yam

Sudah pasti kenangan kalian..jauh lebih hebat dari saya..

No comments: