Kebiasaannya pada hari cuti dan apabila Hj Pa tidak berniaga
maka selepas solat subuh beliau akan
mengajak saya dan beberapa teman skuad sahabat masjid minum di kedai tangga. Hanya kedai ini sahaja yang buka awal
pagi selain dari kedai mamak Alif Maju yang beroperasi 24 jam.
Baru-baru ini semasa kami makan, lalu Mr Pillai yang tinggal
berdekatan dengan rumah Hj Pa. Hj Pa mengajak Mr Pillai singgah dan berbual
dengannya. Mr Pillai berketurunan india, menjalankan perkhidmatan sebagai guru
tuesyen bahasa inggeris.
Sudah tentu perbualan dalam bahasa inggeris dan Hj Pa yang
brsekolah Inggeris zaman dahulu boleh la berbual dengannya. Sedangkan kami yang
lain hanya menympuk sekali sekala.
Antara isi perbualan yang saya tertarik :
Mr Pillai dia tak pergi ke Kuil. Alasannya tidak khusyuk
sebab yang pergi ke Kuil bercampur lelaki dan perempuan. Yang lelaki tiada
masalah pakaian sudah bersopan, Cuma bagi perempuan yang memakai pakaian
tradisi mereka beserta sari bajunyakan sendat dan nampak perut. Jadi mata akan
meliar kearah lain..TAK KHUSYUK katanya..Kami menganjurkan supaya dia cuba-cuba
pergi ke masjid…
Mr Pillai membuka kelasnya kepada semua kaum dan bangsa
kecuali kaum India. Kami pun hairan..katanya orang India banyak belit..bukan saya kata..tapi Mr Pillai
kata..
Mr Pillai sangat percayakan surat khabar berbahasa Inggeris
yang dibelinya setiap hari. Surat khabar itu dia anggap sudah macam isterinya.
Hj Pa bidas menyatakan kalau begitu You akan tukar isteri setiap hari sebab
surat khabar akan dibeli yang baru setiap hari dan yang lama akan dibuang ke
dalam tong sampah.
Begitulah antara dialog perbualan pagi itu..sebelum kami
bersurai dari kedai makan tersebut…
No comments:
Post a Comment