Keunikan dalam Islam ketika berpuasa ialah
bersahur sebelum masuk waktu fajar. Mana ada ajaran agama lain yang buat
begini. Ketika orang lain sedap tidur masa tu kita makan, makanan berat pula.
Inilah antara keindahan Islam yang mempunyai pelbagai hikmah yang tersirat.
Serba sedikit kenangan bersahur yang ingin
saya kongsikan sewaktu berada di Mesir, kami mempunyai jadual giliran memasak. Terpulang
atas tukang masak untuk memasak apa
sahaja yang berkenan di hatinya. Kebetulan jika tengah memasak stok barang-barang untuk masakan seperti garam, gula, beras habis maka
secara automatik tugas untuk membeli jatuh pada siapa yang tengah memasak.
Ada masanya si tukang masak memasak
siap-siap sebelum tidur, dan ada yang bangun se awal jam 3 pagi untuk memasak.
Kami ‘ahli bait’ akan makan bersama-sama dalam talam. Tunggu seorang demi
seorang duduk bersila di depan talam dan barulah makan bersama-sama setelah
kouta talam dirasakan sesuai untuk memulakan suapan.
Pernah terjadi, Kami semua bangun untuk
bersahur tetapi tiada makanan pada pagi tersebut. Rupanya si tukang masak
bercadang untuk masak di awal pagi tetapi apakan daya tidurnya lena malam
tersebut.
Ketika yang lain pula, makanan telah
disiapkan awal oleh tukang masak, tetapi semua ahli bait terjaga ngam-ngam azan
subuh, alamat tak bersahurlah kami semua. Terus bersiap ke masjid untuk
bersolat subuh. Tempoh azan dan iqamah untuk solat subuh selama setengah jam
memungkinkan kami untuk sentiasa berkesempatan bersolat subuh berjemaah di masjid yang
terletak betul-betul di hadapan rumah.
Paling menarik di Mesir, terdapat penggerak
sahur. Ada yang bergerak secara solo dan ada dalam kumpulan, mereka akan
melaung-melaung dengan berirama untuk menggerakkan orang bangun sahur.
Begitulah antara sedikit kenangan bersahur
di Mesir suatu ketika dahulu.
Sekian, Wassalamu
2 comments:
Tergamit kembali memori di bumi kinanah..
Ramadhan paling indah untuk dikenang.
Semoga Ramadhan yg masih berbaki mampu meningkatkan iman dan takwa kita pada Allah taala.
Salam Ramadhan.
Moh kita kumpul duit..pergi jalan2 ke sana... :)
Post a Comment